Monday 10 December 2012

Mengutuk dalam gurauan

Assalamualaikum :)



Dah lama ayu biarkan blog ni bersawang kan, kerana apabila minat dah beralih arah kepada beading, semua perkara ditangguhkan termasuk assignments  =___+ heeeeee..

Actually, ayu bukan nak bercerita ttg beading (beading dlm next entry ok) tapi pasal 'mengutuk dalam gurauan'.  Pada ayu, perkara ini bukan perkara remeh sebab banyak peribahasa melayu pun membawa maksud tersebut,  "kerana mulut badan binasa", "sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa" betul? Actually, kita dari kecil mak ayah dah ajar (walaupun bukan semua orang menggunapakai pesanan orang tua) bercakap baik, bercakap jujur, bercakap biar beralas semasa kita bertutur tak kira secara lisan, mahu pun tidak lisan.

Selalunya yang menjadi perhatian dalam setiap pertuturan kita adalah semasa bertutur secara lisan..betul? Sebab "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya", dan bila bertutur tu haruslah TIDAK menyinggung perasaan orang lain. Sememangnya tidak dinafikan bila kita bertutur, kita tak sedar seratus peratus apa yang kita cakap. Akan tetapi kita boleh mengawal setiap pertuturan yang keluar dari mulut kita bukan? Tidak kisahlah bercakap omong kosong ke, bercakap dengan niat menyampaikan sesuatu yg berguna ataupun tidak, bertutur dengan niat bergurau ke atau dengan niat mengutuk dalam bergurau?  Dalam bergurau pun ada hadnya, kalau dalam gurauan itu terselit kata-kata kutukan yang boleh menyebabkan seseorang kecil hati, kan padah namanya tu. Cari masalah bukan?

Kalau sekali dua mengutuk dalam gurauan itu kadang-kadang membawa kepada ketawa, tapi bila kerap kali terjadi sedemikian, macam mana hati boleh tahan dengan kutukan.. betul? Hati manusia kan.. lembut.. cepat terasa.. cepat terguris..

Sebagai contoh laaa, kalau korang yang dikutuk, bukan sekali dua, tapi banyak kali, tak mintak banyak laa.. sikit pun korang mesti ada rasa kecik hati mahu pun terasa hati kan? Jadi kesimpulan nya, berhati-hati bila nak bertutur, dan bila nak bergurau pun harus berhati-hati, sebab dalam gurauan ini lah yang selalu membawa luka yang "tak nampak di luar, tapi di hati sangat terkesan".


*ayu bercerita ni dengan niat memberi peringatan kepada semua dan diri ayu terutamanya.  Pada Awak, terima kasih banyak-banyak, saya sebenar-benarnya sangat terasa hati dan sangat tersentuh dengan gurauan awak.. Ya, mungkin awak bergurau, tp pada saya itu sudah melampau.. Bukan sekali dua awak buat, tapi lebih.. Takpe lah, memaafkan lebih baik dari minta dimaafkan.. saya maafkan awak..






Nanti ayu story ttg best friend's wedding.  

She is one of my best friend since primary school till now.  Alhamdulillah, Syukur to Allah, she is married first than me, just like i'm expect. lol Congratulation syg!!



Till then, Love, Ayu.















No comments:

Post a Comment