Thursday 27 February 2014

Family Day dan Honeymoon


Assalamualaikum :)


Bila masih lagi berdua ni, apa sahaja aktiviti yang Ayu buat dengan husband adalah peluang terbaik untuk kami habiskan masa bersama. Memandangkan kami adalah PJJ Husband and Wife, kami akan cuba pastikan (Insyaallah dengan izinNya) setiap minggu kami akan berjumpa.  Kebetulan pula, office husband anjurkan Family Day, dan ia adalah peluang yang ada (atas izinNya) untuk kami berjumpa. So, bila dah berdua ni, kira berhoneymoon la kan? hihihihi :) 

21-23 Feb lalu, Family Day diadakan di Lanjut Golden Beach and Golf Resort Rompin Pahang.  Ayu orang Pahang pun tak pernah sampai sana. Tempat tu cantik sangat, tenang, dan sangat nyaman.  Memang sesuai untuk buat family day kerana kawasannya yang luas. Boleh buat aktiviti tepi pantai, ada swimming pool, futsal court dan macam-macam lagi.  Kawasan sekeliling sebenarnya kawasan kampung tau, sebab tu Ayu cakap tenang tempat tu. Nak honeymoon pun sesuai sangat lah, tiada gangguan! hehe

 Image google


 Image google

Image google

Image google

Image google

Hari pertama sampai sana, kami terus check in. Chalet kami betul menghadap pantai :) 







Sebelah petang, ada sedikit briefing pasal syarikat husband. Ayu tak join tapi stay dalam chalet jela dan sambil-sambil tu pergi tepi laut layan perasaan sorang-sorang. 



Malam pula ada dinner, BBQ dan bersembahan firefly. Menarik sangat!






Sabtu, keesokan harinya, bermulalah aktiviti bersama family. Dengan telatah kanak-kanak yang comel, orang-orang muda yang sporting, orang tua yang hebat-hebat menjadikan aktiviti yang berjalan sangat menyeronokkan.  Even hampir keseluruhan dari mereka ayu tak kenal, tapi aktiviti yang dijalankan telah mengeratkan silaturahim antara kami.  Alhamdulillah. Dekat sini, pangkat semua tolak tepi. Tu yang best! 


Tapi sayang, tak sempat nak ambil gambar semasa aktiviti, seronok sangat sampai terlupa. Hanya ini kenangan kami sebagai satu pasukan. Ada ahli team Ayu yang branch Miri dan Johor tau :) Semua baik, okey, sporting habis! 

Malam pula ada dinner bertemakan Retro! Tua, muda, kanak-kanak semua berpakaian bertemakan Retro! Yang lelaki dengan rambut kembang kerinting nya, seluar kembang kakinya, yang perempuan baju bling-bling, ala-ala saloma. Budak-budak tak kurang hebat, semua sporting! seronok sangat malam tu. Yang tak seronok nya, ayu tak ambil gambar langsung suasana retro malam tu! Rugi betul :( Hanya beberapa keping sahaja yang ada :( pon boleh laaa.

 Tapi Ayu dengan suami pakai biasa-biasa je hihihi

Oh, baju ayu tang perut tu.. tutup mata!! =__=


Gambar dalam bilik selepas dinner huhuhu

Ahad, hari ketiga berada di sana. Program cuma melibatkan staf sahaja. So ayu duduk chalet je kemas barang-barang, nak check out pukul 12. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik. Kebetulan, dekat office husband, bukan kami je yang PJJ, ada juga pasangan lain.  Dan apa yang best, Boss husband siap bagi cuti pada staf yang nak hantar wife dia balik. How lucky me! Terima kasih! 

Okey lah, sekian sampai di sini, terima kasih kerana sudi membaca!

Till then, Ayu.








No comments:

Post a Comment