Wednesday 13 March 2013

Pavlovaaaa



Assalamualaikum :)


Pernah makan pavlova? atau pernah buat sendiri tak pavlova? masa CNY hari tu di kampung, ayu buat cake pavlova dengan adik-adik ayu :) Alhamdulillah menjadi even this is my very first time to make this! nyummy nyummy! sedap tauu.. resepi pavlova ni adik ayu tanya dengan En. Google, tapi bila buat sendiri ternyata menjadi walaupun ada bahan-bahan yang perlu dikurangkan sukatan dia.. Meh sini ayu share resepi dia.. tapi ini resepi yang ayu dah ubah dari yang asal yee :)

Bahan-bahan :

1. 4 biji putih telur ayam (jangan ambil dari peti sejuk tau)
2. 1/2 cawan gula caster
3. 1 sudu besar tepung jagung
4. 1/2 sudu kecil cuka makan
5. 1/2 sudu kecil esen vanila
6. 1 cawan whipping cream
7. Buah strawberi, anggur hitam dan kiwi

Cara buat :

1. sebelum adunkan bahan-bahan, panaskan oven dengan suhu 140 darjah Celsius. bila nak start bakar cake nanti, baru gunakan suhu 100 - 120 darjah celcius dengan menggunakan api atas bawah (supaya ia masak sekata)

2. ambil putih telur dan putar pada kelajuan tinggi sehingga putih telur menjadi gebu (soft peaks).  nak tahu macam mana sof peaks tu, bila kita telangkupkan putih telur yang telah diputar tu, ia tak akan jatuh :)

3. Kemudian masukkan gula caster sikit demi sedikit sambil putar adunan tadi.  Putar dalam 3 minit

4. Kemudian sambil putar, masuk kan tepung jagung, esen vanila dan cuka makan, then putar dalam 1 minit :)

5. Kemudian dengan menggunakan spatula, ambil adunan tadi dan letak di dalam dulang bakar.  pastikan di alas terlebih dahulu dengan kertas minyak. Kalau tak ada kertas minyak, boleh guna cara ni : ambil A4 paper then sapukan dengan minyak masak :) Pastu letakkan adunan tadi ikut saiz yang korang suka.

Actually satu adunan ni dapat sikit je, tapi disebabkan ayu nk buat besar, 
ayu adun 2 kali (untuk 2 lapis). Jadi dapat la besar, baru puas! heee..


selepas dibakar :)

6. kemudian, bahan untuk topping, hanya perlukan whipping cream dan untuk makluman, ayu gunakan brand ini


image form goggle 

7. ambil 1 cawan whipping cream ini dan putar dengan kelajuan tinggi selama 10 minit.  then ambil cake yang sudah dibakar tadi, sapukan wipping cream atas cake tadi 

whipping cream sedang diputar :)

cake yang telah disapu dengan whipping cream :)

8. hiaskan dengan buah-buahan yang telah dipotong kecil-kecil atas cake yang telah disapu dengan whipping cream :)



9. okeh, ini baru lapisan pertama.  macam yang ayu bagitau tadi, nak besar dan tebal, adun bahan-bahan tadi dan buat dua lapis :)


10. Disebabkan ayu buat dua lapis, whipping cream pun ayu putar lagi sekali (ambil satu cawan) dan salutkan keseluruhan cake tadi dengan whipping cream


11. Hiaskan lah cake dengan buah-buahan dengan banyak banyak dan banyak ok sebab confirm nanti buah-buah tu akan habis dahulu

Dah siap pun pavlova kita, selamat mencubaaaaaa :)


satu hari boleh habis tau.. ni last piece, buah pun tinggal sikit huhuhu 

selamat mencubaaaaaa :)

till then, Ayu. ❤ ❤ 









No comments:

Post a Comment