Tuesday 9 July 2013

Cerai



Assalamualaikum :)


Ana dan Mior pasangan bahagia atas dasar cinta dan kasih sayang. Sepanjang perkenalan, mereka tidak pernah bergaduh. mereka saling menyayangi antara satu sama lain. Bila keluarga merestui hubungan meraka, Ana dan Mior berkahwin.  

Tiga bulan pertama perkahwinan, pertama kali dalam hidup mereka bertengkar dan berselisih faham. Mereka gaduh teruk sehingga Mior melafazkan talak "Aku ceraikan kau dengan talak 3!"  Subhanallah, mudah sungguh Mior melafazkan kata-kata tersebut tanpa berfikir panjang.

Tapi, hubungan mereka kembali baik. Ana dan Mior hidup seperti biasa seperti pasangan suami isteri yang lain. Mereka bahagia. Sangat bahagia.  Setahun kemudian, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Masa berlalu dan kini, anak Ana dan Mior berusia 5 tahun dan usia perkahwinan mereka sudah 6 tahun.    

Suatu hari Mior terbaca majalah yang memberikan info berkaitan fardhu ain : cerai dan talak. Mior baca dan terus membaca.  "jatuhlah talak 3 ke atas isteri mu bila suami melafazkannya dengan niat" bila Mior membaca kenyataan itu, tiba-tiba Mior teringat peristiwa yang pernah berlaku antara dia dengan isterinya 3 bulan pertama berkahwin "Aku ceraikan kau dengan talak 3!"  

Mior terus merujuk kepada Pejabat Agama dan ustaz memaklumkan perkara ini akan dibicarakan ke mahkamah.

Hakim : betul kamu ada melafazkan cerai tersebut?
Mior    : benar Yang Arif..
Hakim : apa yang kamu lafazkan?
Mior    : Aku ceraikan kau dengan talak 3!
Hakim : Mior, kamu telah melafazkan cerai kepada Isteri kamu dengan niat dan sedar (masih ingat) akan lafaz kamu itu. jadi mahkamah memutuskan kamu dan isteri kamu telah sah bercerai 5 tahun dahulu iaitu 3 bulan di awal perkahwinan!

Mior dan Ana menangis teresak-esak, kerana mereka bukan lagi suami isteri. kesilapan suami melafazkan talak 3 pada 5 tahun dahulu menyebabkan mereka tidak boleh rujuk kembali..


____ ____ ____ ____ ____ ____



Subhanallah, Ayu ceritakan ini berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku.  Mereka pasangan bahahgia. Dek kurangnya ilmu dan pengetahuan,  ilmu fardhu ain, mereka terpaksa berpisah, kasihan. 

Pada kaum Adam, memang cerai mudah dilafazkan, tapi bila tidak berfikir panjang, susah dan rumitnya pada diri kita sendiri nanti. Kasihan pada anak itu.. apa status anak itu sedangkan ibubapa nya bercerai 5 tahun yang lalu? panjang dan rumit kisah pasangan ini.  Jangan kerana kuasa melafazkan talak itu milik kaum Adam, kaum Adam boleh melafazkannya dengan sesuka hati. Sebab itu Tuhan ada berikan cerai dengan talak 1 dan talak 2. Tuhan nak kita berfikir sebelum berkata-kata.  kalau dah terus talak 3, apa pun tak boleh kan?

Kepada pembaca, Ayu ceritakan perkara ini kerana Ayu rasa ilmu walau sikit mana sekalipun, kalau ia bermanfaat, InsyaAllah ada ganjaran dariNya. Pengajaran dari kisah yang berlaku ini memang memberi kesan mendalam, untuk tempoh masa yang lama mahupun singkat, terutama kepada Mior dan Adam (bukan nama sebenar) Pada yang bakal berkahwin dan sudahpun berkahwin, carilah ilmu berkaitan kehidupan selepas berkahwin.  Apa sahaja.  banyak faedahnya nanti..Insyaallah :)

Pada sahabat, selamat menyambut bulan Ramadhan, bulan mulia, bulan penuh keberkatan. Banyakkan amal, banyakkan sedekah, banyakkan perkara-perkara sunat. Insyaallah besar ganjarannya :)




Ini kes pergi kursus kahwin la ni, duk update blog pasal cerai hehe.. tapi takpe kan, tambahan ilmu dan ada ikhtibar dan pengajaran kat situ :) 






Salam Ramadhan!












No comments:

Post a Comment