Wednesday 11 February 2015

Resepi Udang Celup Tepung Yang Gebu Gebas


Assalamualaikum :)


Since ada yang tanya camna Ayu buat udang celup tepung yang gebu gebas tu (tak ramai pun yang tanya, tapi ada lah 3-4 orang yang bertanya), mari sini Ayu share resepi dia. Simple je, semudah ABC. Resepi ni pun Ayu dapat dari Sis Fyna. Masa tu dia share kat insta dia. So masa tu Ayu laju-laju tanya resepi ni. Dah lama dah masa tu, tapi sampai la ni Ayu guna resepi ni kalau nak buat udang celup tepung. Sedap tau, Mr.F teramat-amatlah suka! hikkss!

Bahan-bahan :

Beberapa ekor udang (buang kepala sahaja)
Setengah cawan tepung tempura
1 sudu kecil eno
1 biji telur
Sedikit air
Sedikit garam

 Tepung tempura ada banyak jenis kan, tapi Ayu guna jenis macam gambar dekat bawah ni

Pinjam gambar ye tuan punya gambar,
 tak sempat nak snap sendiri punya sebab kotak nya dah buang and tepungnya aii dah salin dalam bekas lain hehe

Dekat pasaraya ada banyak jenis tepung tempura tau, so kalau dekat kotak or bungkusan tepung tempura tu ada gambar udang yang gebu gebas tu, haa maknanya semua jenis tu pun boleh guna. Terpulang pada korang :)


Eno pun ada banyak jenis, ada warna hijau, kuning, coklat lah, so korang nak dapatkan udang yang gebu gebas, sila lah guna yang warna biru macam dalam gambar di atas ok?

Cara buat?

Sebelum tu maaf ya, Ayu tak snap picture satu-satu cara buat. Alah korang mesti lagi pro tahap Master Chef kan? Pejam mata je mesti boleh buat kekeke

Masuk tepung tempura dalam mangkuk
Pecahkan telur
Masukkan eno
Masukkan garam
Masukkan air
Kacau sebati

Hasilnya akan jadi macam ini


Lepas tu, boleh la celup udang dalam adunan tadi. Campak dalam kuali yang minyaknya dah betul-betul panas tau. 


Kacang je nak buat udang celup tepung yang gebu gebas ni. Orang laki pun boleh buat. Main campak-campak je. Kalau dekat rumah, Mr.F yang akan buat kalau nak makan udang celup tepung hehehe. How lucky me, dapat suami yang tersangat rajin untuk ke dapur hehe **mata ke atas tangan atas bahu**

 Celup udang

 Campak dalam kuali

 Balik-balik kan udang sambil sengeh-sengeh kekeekkee


Okey, ini lah hasil nya! menarik kan? Kalah Restoran Saniah kat Temerloh tu. Haha Bila makan, confirm puas hati sebab sedap. Tambahan kita buat sendiri, tak perlu belanja mahal pun. Bahan-bahan yang perlu kebanyakan nya semua dah ada dekat rumah, tepung tempura and eno je jarang ada. Bila dah beli tu, tahan berbulan-bulan lamanya. 

Selamat mencuba yaa! 

Till then, Ayu.


No comments:

Post a Comment