Thursday 26 March 2015

Menipu


Assalamualaikum :)


Ayu tak faham dengan sesetengah orang yang berniaga tapi guna jalan mudah, iaitu dengan menipu. Yang senang nampak sekarang ni adalah peniaga online. Lebih-lebih lagi yang jual produk kecantikan yang berlambak-lambak ada kat luar sana tuh. Duk promote produk yang dia jual, duk la kata produk A ni bagus, berkesan hilangkan jerawat, jeragat, parut bagai, nampak kesan dalam 3 hari laa! Hmm..padahal produk A yang online seller ni jual hasilnya indah khabar dari rupa! Muka bukan nya makin cun macam Fazura, tapi makin teruk ada lah! Jerawat bertubi-tubi keluaq! Lepas tu harga melampau-lampau mahai nak mampus. Memang tak berbaloi! Barang kecik seconek je pun dah cecah RM100++. Apekah?


Testimoni muka yang di edit. Ni satu masalah yang sangat-sangat ketara nampak menipuuuuuuu nyaaaa. Jual produk kecantikan tapi bila nak promote kt kawan-kawan yang muka dah cantik licin berseri sebab pakai produk B, online seller ni bukannya tepek muka ORIGINAL dia dekat FB, IG, Twitter, tapi tepek muka yang dah di 'filter'. Konon siap hashtag #nofilter #nocamera360 kat gambar yang dia upload, tapi sebenarnya memang edit. Kak enon oiiii, kau hingat camera360 je ke yang boleh edit gambar bagi nampak kulit licin berkilat bersih bak kapas? banyak lagi applications yang boleh edit gambar tau! Cymera, YouCamPerfect, Photo Effects, BeautyPlus, Candy Camera, Camera 720 and macam-macam lagi lah! Kalau di taip dekat sini panjang lebar pulak! Haa semua tu boleh edit muka bagi lawa laaa! Tak malu ke tetiba kau terserempak dengan kawan-kawan dalam FB kau, then terlihatlah wajah kau yang sebenar? yang 'cantik'nya tak sama seperti digembar-gemburkan dalam FB? tak malu?

Sampaikan kesian dekat buyer yang beli produk-produk dari seller yang macam ni! Kes nak untung kaya cepat la ni, duk menipu orang tanpa rasa bersalah. Yang tak tahan tu siap bagi jaminan wang dikembalikan kalau produk tak berkesan! Tapi bila nak claim balik duit, kau kata tak boleh pulak sebab tempoh claim hanya sah 5 hari dari tarikh beli! Pulak dah, beli hari ni, esok akan pos, lusa or tulat barang baru sampai pada kita, then pakai sempat 2 hari je. 2 hari pakai nampak ke kesan die?? Bila tak berkesan, nak claim balik tak sempat dah, valid 5 hariiiiiii je kannnn! Hmmm sakit jiwa mak jemah!

Tolong ye sellers di luar sana, berniaga lah dengan jujur dan ikhlas. Jangan nak cepat kaya je. Kalau korang amalkan sikap macam tu, tak tahan lama bisness korang. Jangan ingat Minah dah terkena tipu, Semah pun akan terkena tipu. Nanti Minah akan bagitahu Semah pasal penipuan korang ni, pastu Semah jugak bagitahu Kinah, Mona, Lola dan semua kawan-kawan dia pasal penipuan ni, confirm tak lama bisness korang.

Ayu bercerita ini di atas dasar simpati kepada mangsa-mangsa yang pernah terkena. Ayu tidak berniat untuk merosakkan periuk nasi mana-mana pihak yang berniaga produk kecantikan online ni. Actually ada beberapa individu yang ayu kenal yang duk buat benda yang ayu cerita kat atas tu. Kalau ditegur dan diberi nasihat secara baik sekalipun, dikatakan dengki dengan bisness dia. Yaaa, sebab Ayu kenal dia. Jadi Ayu harap pada yang suka menipu tu, berhenti lah. Berniaga dengan cara yang berhemah yang Ayu rasa korang mampu dan boleh buat. Lagi korang jujur, lagi ramai yang akan membeli dengan korang, Okey? Sekian bebelan ikhlas dari hati tanpa rasa iri hati atau hasat dengki.

Till then, 
Ayu.





2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete