Tuesday 17 March 2015

Part 1 : Honeymoon, Holiday dan Lawatan di Jepun


Assalamualaikum :)




Taip save taip save taip save, last last hanya jadi draft aje. Bila la nak mula bercerita kisah di Jepun ni. Dah lama duk dalam draft. Nak cerita, tapi macam dah basi dah. Tapi kalau tak cerita, nanti menyesal pulak sebab lama-lama mesti lupa langsung tak ingat pape. Dah la Ayu ni ada penyakit amnesia yang agak critical. Ni ha, takyah tuggu lama mana pun, ni dah setahun lebih pergi sana, memang tak ingat mana sangat dah, update blog agaknya tepek gambar je lebih ahahahaha! Ayu akan cuba recall semula peristiwa di Japan, iaitu pada 19-28 November 2013, yeaaa setahun lebih dah berlalu. Mampu kau ingat? hahaha. Insyaallah Insyaallah.

Okey, sebenarnya Ayu ke Jepun atas urusan kerja dan peluang ke Jepun ni datang tanpa diduga sebenarnya. Sebab nya masa tu kawan Ayu terpaksa tarik diri dan dia offer Ayu untuk gantikan tempat dia. Ayu masa tu setuju je. Masa tu Ayu masih kerja di JB dan belum kahwin. Dah la masa tu sedang dalam proses pertukaran ke KL dan dalam perancangan nak kahwin. Gamble je kata boleh gantikan dia. Tak fikir panjang pun. Gelojoh! hahahaa

Alhamdulillah, bila dah selamat tukar ke KL, Ayu pun bertunang 5 bulan then hujung bulan 10 tu Ayu kahwin. Tapi masa sibuk uruskan hal kahwin tu, team Ayu nak tukar tarikh utk ke jepun pulak. Ayu dah risau takut bertindih hari kahwin dengan lawatan ke Jepun ni. Discuss punya discuss, lawatan ke Jepun ni ditetapkan pada 19-28 Nov, dua minggu lepas majlis bertandang Ayu. Alhamdulillah, lega sangat. 


So, Ayu pun ambil la peluang ni bawa husband ke Jepun sekali, boleh honeymoon kannnnn. Sambil menyelam minum air kannnn. Sambil kerja sambil bercinta kannn hahahaa. Berada di Jepun, iaitu negara matahari terbit memberi satu kelainan dan pengalaman yang sangat menyeronokkan. Yelah, Ayu belajar macam-macam antaranya cara hidup meraka, budaya, bahasa, pemakanan dan macam-macam lagi.

Satu perkara yang Ayu ingat sampai sekarang, memandangkan semasa di sana Ayu banyak menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki, dari pengalaman Ayu sendiri, pemandu di sana sangat menghormati pejalan kaki dan sentiasa memberi ruang. Maksud ruang dekat sini, kalau melintas jalan di laluan melintas, pemandu akan berhentikan kereta jauh dari laluan melintas. Itu satu, dua, lampu isyarat pejalan kaki belum hijau lagi, pemandu dah stopkan kereta utk bagi ruang kepada pejalan kaki. Ketiga, lampu dah merah sekalipun, kalau pengguna belum habis melintas, dorang akan beri ruang utk pejalan kaki sehingga keadaan betul-betul selamat. Kalau dekat Malaysia, lampu pejalan kaki masih hijau pun kereta dah gerak laju kan? Hmm..malas cerita panjang lah pasal cara pemanduan di Malaysia nih.

Okey, dah ada feel sikit nak cerita pasal Jepun ni, dah boleh refresh sikit-sikit. Hehe tapi Ayu akan cerita di lain entry okey, day by day, senang nak ingat dan lebih tersusun hehehe. 

Jumpa lagiiiiiiiiii :) 

Insyaallah hehehe

Till then, Ayu.










4 comments:

  1. Sweet..alhamdulillah Allah izinkn ke Sana..nice environment..:-)

    ReplyDelete
  2. ayuuuuuuuuu...jelesnye..seronoknye dpt g Jepun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, one day will be ur day pulak utk ke sana hehehe

      Delete