Monday 2 March 2015

Part 7 : Day 4 Holiday to Krabi


Assalamualaikum :)


Noparathara Beach.

Hari terakhir berada di Krabi. Hari ni Ayu and Husband tak buat apa-apa pun, cuma kami ronda-ronda pekan Aonang naik vespa. Bila pergi tempat orang yang punya environment yang lain dari kebiasaan kan, mesti kita akan rasa jakun. 

"Eh eh, cantik nya laut diaaaa"

 "Eeeeeee, unik la rumah diaaa"

 "Wooww! lori tu transform jadi bus laaa"


And bla bla bla haha semua benda nak jakun sampaikan terlupa dekat Malaysia tak kurang hebat! Sampai ada benda yang "ONLY IN MALAYSIA" yang tak ada di negara-neraga lain. Betoi tak hehehee 

Pagi tu kami keluar lewat sikit. Sebelum jalan-jalan tu, kami isi minyak. Sewa vespa tu dengan tank kosong ye. Kalau ada minyak sikit saki baki tu, rezeki korang la. Hari tu kami isi minyak TBH30/MYR3. Masukkan duit syiling then tekan nozzle. Tak ada orang jaga pun dekat situ. Sistem layan diri duaratusperatus. Tempat isi minyak dia banyak, bersepah-sepah dekat pekan tu. Tapi, dengan rupa dia yang kecik macam vending machine ni, agak susah korang nak jumpa. Sebab agak tersorok. Biasanya yang kecik-kecik macam ni motor je yang guna, kalau kereta akan guna dekat station minyak yang besar. 




Lepas isi minyak, kami pun ronda-ronda cari tempat makan. Konon nak makan tempat lain pulak tapi sayang sangat, pagi-pagi restoran banyak tak buka lagi. Pukul 11am ke atas baru banyak buka. Ok xpelalah. Kami decide makan dekat gerai tepi-tepi jalan. Ala, sederet Yaminlah pancake tu la. Situ pun macam-macam ada. Sebelum makan tu, kami pecut kejap pergi beli air gelas besar. Kakak jual air tu dah cam dah muka Ayu and husband tau hahahaha. 




Pat Thai TBH50/MYR5, Udang TBH50/MYR5, Air gelas besar perisa coco TBH30/MYR3

Alhamdulillah, kenyang makan pagi tu. Lepas tu kami pergi ronda-ronda pekan Aonang. Kecil je sebenarnya Aonang. Pusing pusing pusing sampai tak tahu nak pergi mana dah. Sebab rasa macam dah pergi tempat ni. Eh, tempat ni pun dah pergi hahaha.

Gambar-gambar di bawah di adalah di sekitar pantai Noparathara. 
Area sini ramai yang mandi-manda. Ombak dia tak kuat sangat pun.





Gambar-gambar kat bawah ni pun di sekitar pantai Noparathara jugak, tapi side lain. Side ni tak ada yang mandi sebab tempat ni ada banyak boat, and boat turunkan penumpang yang datang dari pulau-pulau sekitar situ.




Waktu ni Ayu mengantuk gilaaa. Tambahan angin tiup sepoi-sepoi bahasa dengan bunyian pukulan ombak pantai. Perhhh! lagi layu mata mak enon. Dapat buaian gantung antara dua pokok tu kan best


View dekat situ cantik sangat. Ada banyak boat. Pelancong berjemur bawah matahari. Budak-budak main dekat tepi pantai. Cuaca walau panas tapi angin kuat. Memang la kann, duk tepi pantai angin memang kuat. Adoiii!

Lepas tu kami terus pergi cari makan tengahari. Makan di kawasan sama dengan makan breakfast tadi. Sebelum tu kami beli 2 jenis pancake Yaminlah perisa banana nutella dan banana cheese. Memang best memang sedap!

banana nutella (TBH40/MYR4)
banana cheese (TBH40/MYR4)
nasi goreng tomyam (TBH50/MYR50)
 nasi goreng cili (TBH50/MYR50)
air kelapa pandan (TBH40/MYR4) 
ayam goreng lidi (TBH40/MYR4)
pulut mangga (TBH30/MYR3)
 air gelas besar perisa Coffee Thai (TBH30/MYR3)

Tengok tu menu makan tengahari. Perut tong drum memasing hahahaha. Pastu air gelas besar tu bukan lebihan air yang pagi tadi tau. Tapi beli yang lain haha. Emm..murah rezeki kakak jual air tu hahaa. Masa tu banyak betul kami beli makanan. Fikir konon-konon last day dapat merasa makanan dekat Krabi. Hmm last-last pulut mangga bawak balik Malaysia, nasi goreng tak habis, pancake cheese tak habis. Membazir sungguh. 

Lupa nak bagitau, pagi-pagi masa nak keluar cari breakfast, kami dah terus check out and letak beg siap-siap dekat kedai Lay. 

Gerai air gelas besar, dekat dengan Hotel Haleeva

 Harga air gelas besar

Gerai Yaminlah Pancake

 Yaminlah Pancake

 Ayam lidi..sedappp

 Nasi goreng

 Air kelapa :)

Lepas selesai makan, bila tengok ada masa lagi, kami decide pergi massage. Ayu and husband buat foot massage dekat Andaman Spa. Tepi jalan je spa ni. Senang nak cari. Untuk seorang foot massage TBH200/MYR20 :) Tak ada pulak gambar kedai nak tunjuk dekat korang. Tapi senang je nak cari, jangan risau. Foot massage ni selama 1 jam. Ayu sampai terlelap masa tengah massage tu. hahaha. Urutan dia okeyyy laa pada Ayu, tapi Ayu penah rasa orang Indon urut lagi best dari yang ni. Opss! heeee..


Habis massage kami gerak ke Baanlay Tour. Pulangkan motor vespa dengan helmet. Then dia pun pulangkan semula pasport husband Ayu. Kami gerak dari Baanlay jam 3.30pm. Kami sewa kereta Sofeah dengan harga TBH350/MYR35 untuk ke Airport Krabi. Tu harga special dah dia bagi tu. Alhamdulillah sangat-sangat. Kalau naik taxi TBH600/MYR60 untuk 2 orang. Kalau naik bus TBH300/MYR30 untuk 2 orang. Naik bus murah tapi lambat and banyak berhenti. Cab pulak agak mahal. So kereta Sofeah juga jadi pilihan kami. Altis tu. Selesa kot. Kekekeke.

Masa balik Lay pun ikut kami hantar sampai ke Airport Krabi. Alhamdulillah. Sangat sangat sangat sangat sangatlah berpuas hati dengan service yang Baanlay Tour bagi. That why Ayu promote habis-habis kedai dia. Tak dibayar pun, ini promote ni sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga. Korang baca di SINI untuk dapatkan contact number Baanlay Tour. 
Very recommended!!! 

Lay, Ayu dan Sofeah :)

Alhamdulillah, percutian yang sangat menyeronokkan. Kami enjoy dan sangat puas hati. Nak ke Krabi ni Ayu rasa tak perlu belanja besar pun. Untuk kami berdua percutian 4 hari 3 malam ni ALL IN hanya RM1500 sahaja. Murah kan? InsyaAllah Ayu akan share detail belanjawan Ayu and husband. Yela, boleh percaya ke RM1500 untuk 2 orang 4 hari/3malam? hahaha tunggu next entry hehe. 

Till then,
Ayu :)




4 comments:

  1. wah..bestnye...berdua boleh la naik moto..ni dh ade ank..kena cari kete jgk nnti.hhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee..bukan senang dapat naik moto bawak sndiri kt tempat orang..so ada peluang ni la kena cuba hehe

      Delete
  2. Terima kasih utk perkongsian yang hebat. Rasa macam nak repeat balik je gi Krabi.

    Ada masa, singgahlah ke blog saya ya www.microscopasia.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure..dah terjah ke blog www.microscopasia.com. perkongsian manarik..Actually byk tempat menarik di asia kan :)

      Delete