Monday 9 March 2015

Resepi Moist Chocolate Cake yang mudah


Assalamualaikum :)


Ayu nak share dengan korang resepi moist chocolate cake yang begitu mudah, senang dan sedap! Ni adalah kali kedua Ayu buat moist choc cake ni. First time buat, Alhamdulillah moist cake tu betul-betul lembut dan sedap, tapi Ayu buat tak menjadi dekat topping dia, sebab topping di tak cair dan jadi berketul-ketul. So bila dah olah-olah bahan-bahan untuk topping tu, Ayu dapatlah moist choc cake seperti yang diharapkan, sedap dan cantik rupanya hehe

Bahan A (untuk moist cake) :

1 cawan air masak
1 cawan gula castord
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
1/2 sudu makan soda bikarbonat

**tips!**
nak bagi moist cake kita sedap cantik dan menjadi, masa nak sukat bahan-bahan, gunakan cawan yang sama ok :)


Bahan B (untuk topping) :

4 sudu makan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara :

 1. Dengan api sederhana, masukkan air dalam periuk. 

2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.

3. Masukkan minyak.

4. Masukkan susu pekat.

5. Masukkan serbuk koko.

6. Masukkan telur. Sebaiknya pecahkan telur dalam mangkuk lain dulu, kacau, kemudian masukkan dalam periuk.

7. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Kemudian kacau.

8. Ini hasilnya selepas semua bahan dimasukkan. Kemudian tutup api.

9. Masukkan dalam dulang dan sedia untuk dikukus. Kukus selama 30-40 minit. Sebelum mengukus, pastikan air telah mendidih tau.

 10. Setelah dikukus.

11. Terbalikkan di dalam pinggan yang sesuai.
 Close up sikit. Betul-betul moist kan? hehehe

Cara untuk buat topping pula :

1. Masukkan minyak dalam periuk
2. Masukkan susu pekat
3. Masukkan serbuk koko
4. Kacau sehingga menjadi likat. Kemudian tutup api.
5. Curah coklat di atas kek tadi.
6. Siap! boleh dah makan hehehe. Nak lagi sedap masukkan dalam peti ais seketika :)




Selamat mencuba yaa :)

Till then, Ayu :) 









2 comments:

  1. sedapnye ayu..lame dah nk buat kek dari belum ade auni tp sampai auni dah 2 tahun lebih xbuat2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple je buat moist cake ni..nnti auni tdo boleh curi2 masa buat kejap hehehe

      Delete