Friday 4 September 2015

Part 2 : Day 2 Holiday in Bali


Assalamualaikum :)

Nak baca part 1 baca di SINI okey. Pagi tu kami makan apa yang ada je untuk alas perut, lagipun sebab hotel tak sediakan makanan, kalau ada pun kami tak berani nak makan. Dalam pukul 10am macam tu, kami ke receptionist untuk sewa motor untuk pusing-pusing area situ. Sewa motor 60k rupiah 1 hari. Masa nak sewa motor dia akan mintak passport sebagai cagaran.
 Dapat motor terus rempit. Bukan main cantik helmet dia bagi kat kami
 Nampak tu, gereja dan masjid bersebelahan je

Tak lama kami pusing-pusing, panas oii. Tak larat rasa. Lepas tu kami cari kedai makan. Kedai makan bersepah-sepah kiri kanan, tapi punya la susah nak gila cari kedai makan yang halal. Serius cakap ni. Tapi apa nak heran kan, 70% penduduk dekat situ beragama Hindu. 30% tu Islam dan lain-lain. Tak lama lepas tu kami jumpa satu kedai bakso ni, dekat depan kedai terbentang besar banner "Bakso Halal". Kami pun berhenti dekat depan kedai. Sebelum masuk kedai, Ayu siap tanya "halal kan?" dan kemudian dia mengangguk.

 Bukan main ketat muka
 Tak ingat bakso apa yang kami order ni
 Total makan termasuk air adalah 29k rupiah. Sedap la jugak bakso dia

Lepas makan kami balik ke hotel, dalam 11.30am macam tu. Tadi sebelum keluar kami dah siap pack barang dah. Pukul 12.00pm kami check out. Masa nak check out tu, kami di sapa oleh seorang makcik housekeeping ni. Dia tanya hala tuju lepas ni dan berapa hari bercuti di Bali. Borak punya borak dia tawarkan guna perkhidmatan supir dia. Kebetulan kami memang tak ada supir lagi utk esok hari, jadi kami setuju untuk guna supir makcik ni. So, esok supir tu tunggu kami di hotel ni. Sedang elok lah kan, esok pulangkan motor then ambil supir pulak untuk jalan jauh sikit.
Lets rempit and pindah hotel!

Settle satu urusan, kami pun gerak ke Kuta. Kuta terletak dekat dengan pantai dan berada di kawasan bandar yang sibuk. Tips, pada yang nakkan ketenangan bermadu kasih berdua-duaan dengan pasangan, atau yang bercuti dengan anak kecil, tidak digalakkan stay area Kuta, sebabnya bandar Kuta sangat sibuk. Begitu juga dengan kawasan sekitar Legian, Seminyak dan Jimbaran Bay. Pokoknya, yang berdekatan dengan pantai memang menjadi tumpuan dan sibuk. Tapi kalau jenis tak kisah, terpulang la kan.

Mencabar jugak nak cari pintu masuk hotel, sebabnya kena masuk mall dulu baru jumpa hotel


12.30pm kami dah sampai hotel. Kami stay dekat @36 Condotel. Awal lagi sebenarnya, check in pukul 2pm. Tapi kami register je dulu, then tinggalkan beg di lobi hotel dan pusing-pusing sekitar hotel, jalan kaki je pun. Parking motor ada disediakan, so kami taklah risau sangat pasal motor sewa kami tu, ditinggalkan tak bertuan. Kalau hilang tak dapat balik Mesia, jadi lah warganegara Indonesia pulak kikiki.

image google

Hotel ni terletak berhadapan dengan pantai Kuta dan bersebelahan dengan shopping mall, nama mall tu Discovery Shopping Mall. Actually hotel kami stay ni bersambung bangunan dengan Discovery Shopping Mall. Dekat mall ni ada Sogo, Starbucks, KFC, A&W, Bread Talk, Pizza Hut, Black Canyon dan segala macam lagi lah yang ada. So memang menjadi tumpuan dan agak sesak dengan manusia dan kenderaan yang keluar masuk.

Image google : Discovery Mall dari depan menghadap jalan
Image google : Discovery Mall dari belakang menghadap pantai

Ni semua dekat depan hotel menghadap pantai
Ni dekat dalam mall, banyak gila souvenir 

Sementara tunggu nak check in, kami singgah makan di KFC. Mula-mula was-was jugak nak masuk makan, tapi bila tengok ada perempuan pakai tudung makan, then nampak logo halal kat pintu,then siap tanya pekerja dekat situ, barulah rasa confident sikit. Makan KFC 98k rupiah. Siap ada free CD lagu dari penyanyi Mandy. Ntah siapa dia, huhu tapi lagu-lagu dia best tau hehe

Sharp pukul 2.00pm kami terus check in. Lawa oii dia deco bilik, menghadap pantai pulak tu hehe. Rasa macam pengantin baru hihi
Bila tengok lama-lama baru perasan ada I Love U bawah swan tu hihi

Lepas check in kami rest je dalam bilik, tak tahan panas sangat dekat luar. Then pukul 6pm kami turun lepak depan pantai. Nak tengok sunset. SubhanAllah, Cantik sangat view dia. 
View from our room, masa ni kami ready je nak turun bawah
 Bangunan belakang tu mall yang ayu cakap tu. Jauh gak kami jalan masa air surut ni kan hehe
Ayu suka gambar-gambar yang nampak bayang-bayang tu, cantik sangat. Macam-macam gaya kami buat hihi



Lepas puas tengok sunset and main dekat pantai, kami jalan-jalan sekitar hotel sambil cari makan. Susah jugak sebenarnya nak cari tempat makan yang halal. wuwuwu. Sampai sesat jalan lah, sebab kami rempit jauh gila semata-mata nak cari makan. So, pada yang jenis tak tahan lapar, bawa lah makanan sikit simpan dalam beg buat alas perut. Last-last kami nampak satu kedai ni and kami makan dekat situ. Sedap jugak masakan dia. Ke sebab lapar sangat? huhuhu
 Total makan sekali dengan air 90k rupiah

Siap makan kami balik ke hotel. Setiap malam depan mall ada live band tau. Memang ramai yang duduk lepak dengar mamat ni nyanyi. Boleh tahan suara dia. Rambut dia bukan main lagi, buat sapu sampah memang bersih lah. mihmihmih. 


 Sederet ATM kau. Tengok kiri tu, ada kuda. Malam-malam nak ronda bandar Kuta naik kuda boleh lah

Untuk hari kedua di Bali, kami tak ke mana sangat, pusing-pusing area Kuta sahaja. Hari ketiga dan keempat baru kami jalan jauh sikit untuk ke tempat tarikan di Bali. Nanti ayu share okey? 

Till then, Ayu.























No comments:

Post a Comment