Thursday 15 December 2016

Part 5 : Day 5 Holiday in Bali


Assalamualaikum :)



Hai korang!! Setahun berlalu, dah bersawang dah blog ni. Cuci seharian pun tak cukup ni hehehe. Hari ini kerajinan di tahap memuaskan, jadi terhasillah post hari ke-5 di Bali. Jemput bacaaa heee. Sebelum tu, kalau nak throwback story ayu di hari ke-4 kat bali, boleh baca kat sini k.

Hari kelima iaitu hari terakhir di Bali. Untuk hari ni, kami tak buat apa-apa pun, kami jalan-jalan area pantai Kuta je. Pagi tu lepas breakfast, pukul 8.00am kami keluar pergi pantai sambil main air and tangkap gambar. Masa ni air baru nak naik tau, kalau tak, batu yang ayu duduk tu dah hampir tenggelam dah. Pagi-pagi tak ada pulak manusia tempatan yang mandi, tapi manusia pelancong ada yang mandi laut. Kami? kami main air ja, tak mandi pun hihi.


Dah puas main air and tangkap gambar, kami balik bilik, kemas barang-barang dan bersiap untuk check out. Dah ckeck out tu kami pergi lunch, masih di tempat biasa iaitu Solaria. Dah jadi restoran feberet dah hehehe. Makan lunch hari tu untuk kami berdua adalah 149k rupiah. 


Memandangkan flight kami malam, kami ada banyak lagi masa untuk hari tu, so lepas makan, kami jalan-jalan area bandar Kuta. Bali ni sememangnya menjadi tumpuan pelancong, sebabnya sepanjang masa kami jumpa foreigner. Ada yang datang berpacaran, ada datang dengan family, ada yang datang by group. Yang datang by group ni biasa nya yang bujang-bujang. Dorang suka lepak-lepak dan yang paling utama, dorang ni suka surfing. Tak kira pagi tengahari or petang, mesti ramai umat manusia dekat laut. 


Bila penat berjalan tanpa hala tuju, kami decide lepak dekat restoran depan pantai je sambil tengok view pantai, tengok ragam manusia. Sambil tu minum air segelas dua hilangkan dahaga. Masa ni dah nak petang dah, alang-alang duduk rehat sambil tunggu sunset :) Sambil-sambil tu selfie la kan, nak buat ape lagi.

Ramai orang menunggu nak tengok sunset
Tunggu punya tunggu, sampai nak gelap dah, tak nampak2 pulak sunset. Sebabnya cuaca petang tu tak berapa cantik lah, awan tebal jadinya tak nampak la sunset tuu. I is kecewa sikit
 BALI..dalam ingatan :)
'Anniversary Day'
 Sampai ketemu lagi Bali :)

6.30 petang, kami  ambil bag yg kami simpan kat lobby hotel dan terus gerak ke airport. Masa ni supir dah tunggu kami di lobby. Untuk ke airport tu kami bayar pada supir 100k rupiah.

Jadi tamatlah budget trip kami ke Bali. Semuanya dipermudahkan Alhamdulillah. Next entry ayu akan compile total expenses kami dari hari pertama sampai kelima okey? 

Bye love you!


No comments:

Post a Comment