Friday 16 August 2013

DIY itu DIY ini DIY sana DIY sini

Assalamualaikum :)


Dalam usaha untuk menjimatkan kos dan mengurangkan bajet, Ayu memilih untuk DIY dalam pelbagai perkara.  Tapi, the main main main reason why I choose DIY, because I want to get the maximum of satisfaction. Walawehh! hehe.  Bila DIY, kita akan nampak segala usaha kita dalam menjayakan sesuatu perkara. Biar penat janji seronok, biar hodoh janji satisfied. Ye tak? tapi mestilaaaaa ayu nak buat yang terbaik, yang cantik, yang ohsemmmm hehehe.  Ayu akan buat entry setiap apa yang ayu DIY. Insyaallah. Emm kalau sempat. Kalau terdaya. Hee tapi ayu akan cuba buat entry jugak. Tapi kenapa nk entry bagai? gediks ahh.  Bukan apa adik-adik, kakak-kakak sekalian, setiap yang kita buat walau sekecil zarah sekalipun mesti ada sentimental value kan? Ayu nak pahatkan all the memories susah senang pahit getir dalam blog ayu, which it is will be my sweet memories in every step of the way to be a wife.  Fuhh! berpeluh sat!


Hijab and Veil for Solemnization 


walau kosong, tetap cantik dengan tambahan crown :)

 terbaik!

Untuk persalinan nikah, outfit taklah ayu buat sendiri yea, tak pandai Koi nk jahit sendiri. Dah keluar ayat Temerloh huhuhu. Cuma untuk hijab dan veil sahaja ayu DIY. Tak sabar nak beading dekat veil. Serius. Material dah ada, cuma ayu tak boleh mula buat atas sebab-sebab tertentu. 


Bunga Telur




pernah tolong kakak buat bunga macam ni, senang je :)


Bunga telur pun ayu buat sendiri. tapi kebanyakan bunga telur kakak ayu yang akan buat. dan ayu akan buat sebahagian sahaja :) Ada sorang staf kat office tegur, dia lelaki "bunga telur buat sendiri?" then dia gelak "hahahahahah" ayu rasa dia tak percaya, sebab dia mesti ingat bunga telur ni kat kilang je yang buat. takpe-takpe. tengok nanti sama tak ai buat dengan kilang buat? hehe


Paper Bags and Goodies 

Ayu tidak memilih untuk membeli paper bags yang mahal-mahal tuuuu, ayu punya simpleeee jeeee tapi cantik dan paling penting puas hati.  Dalam pada itu, ayu tambahkan sedikit accessories bagi nampak cantik comel gituu. Dan keutamaan ayu adalah isi dalam tu.  Apa yang ayu isi dalam tu, haa nanti ayu buat entry hehehe


Dulang hantaran


sumpah cantik!!

ni pun cantik!! oh melting!

Yang part ni pun ayu excited nak buat uollls hehehe. hiasan bunga dll dah ada dah. Barang hantaran dah listkan nak bagi apa cuma tak beli lagi. Ayu dan buat sikit-sikit dah untuk hantaran ni, tapi stop sekejap sebab tetiba rasa awal la pulak. Biasanya 2-3 hari sebelum majlis orang akan buat kan, tapi ayu dah stat 2-3 bulan awal haha.


Guest Book Corner




agak-agak boleh DIY tak? hehe

Untuk part ni ayu mula-mula malas nak ambil port sangat. takde takpe. kalau ada alhamdulillah. tapi kalau nak DIY pun nanti, ayu actually dah survey-survey apa yang perlu ada, dan yang perlu buat. kalau ayu DIY untuk guest book corner ni, nnti ada la entry ok hehe :)

Setakat ini 5 perkara ni lah yang dalam list ayu untuk DIY.  Kang banyak yang nak DIY tak terbuat pulak, menyusahkan. Dah satu hal.  Nak buat semua benda ni ambil masa sebenarnya. Tambahan pula tinggal kurang 3 bulan je majlis nak berlangsung. Pastu pulak bulan 9 ni dah start semester baru. Ntah sempat ke tak nak DIY semua ni kan? Sebaik-baik kita merancang, Tuhan menentukan segalanya. Ingat tu. Jadi, ayu harap semua nya berjalan lancar nanti.  Okey. nanti kan entry ayu untuk DIY di atas ok. Hmm tetiba rasa poyo hahaha. Insyaallah. K bai!


**gambar dalam entry ni semua dari En. Google.. Mintak maaf tak minta izin dulu :)

I LOVE DIY! 


Till then, Ayu.

No comments:

Post a Comment