Monday 5 August 2013

Panduan perjalanan balik raya

Assalamualaikum :)






Kerja kat office da siap, tak tahu nak buat apa, fikiran dan hati dan perasaan dan otak dan macam-macam dan lah.. haaa semua dah kat kampung hahaha.. so sambil tak buat apa tu, ayu google la jadual perjalanan yang sesuai menjelang hari raya. Almaklumlah, raya tak lama dah, 2 hari je lagi, Insyaallah, Dan harapan semoga kita dapat bertemu lagi di Ramadhan tahun depan :)

Okey, mari lihat dan baca dengan tekun jadual perjalanan ini supaya perjalanan korang selamat hingga ke destinasi. Amin :)


kalau gambar yang ayu bagi ini terlalu kecil, meh sini tengok kat sini



Beberapa panduan/tips sebelum pulang ke kampung, mari sini baca dulu :)

  • Sebelum perjalanan, pastikan kenderaan diservis sepenuhnya
  • Pastikan rumah dikunci dan kepala tong gas dibuka sepenuhnya untuk mengelakkan kebakaran
  • Pastikan memandu dalam keadaan tenang dan tiada perasaan marah, kecewa dan sebagaiya. bahaya tauuu!!
  • Pastikan tiada kerosakan yang boleh mengganggu perjalanan. Peti keselamatan perlu di isi dengan ubat-ubatan yang sepatutnya dan untuk yang mempunyai bayi, pastikan kelengkapan untuk bayi tersedia secukupnya.
  • Pastikan tidur cukup untuk mengelakkan tertidur ketika perjalanan
  • Sebelum memulakan perjalanan, isi air dan pastikan tekanan angin tayar dalam keadaan sempurna
  • Bagi perjalanan yang jauh, ambil rehat yang secukupnya
  • Pastikan tiada barang yang tertinggal
  • Yang paling penting lagi utama, mulakan perjalanan dengan doa :)

Dah baca sampai habis? bagus bagus hehe :) dan ayu di kesempatan ini memohon berjuta-juta kemaafan kepada semua yang mengenali ayu ataupun yang hanya mengenali ayu dalam alam maya sahaja. Maaf di atas ketelanjuran bahasa, tersilap kata, tersinggung perasaan dan yang pastinya bukan datang dengan niat sob sob! Diharap tidak disimpan dalam hati..

Ayu di kesempatan ini juga nak menjemput kawan-kawan yang dekat atau yang jauh pun boleh.. datanglah beraya ke rumah, Insyaallah ada juadah sedap menanti hehehe 

Dan Insyallah juga tahun ini merupakan tahun terakhir ayu beraya dengan status single hee..tahun depan beraya dengan suamiii hehee :) ok lah, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.



till then, Ayu :)

*p/s walau pun raya nak dekat dah, tarawikh jangan tinggal, biar awal Ramadhan dulu semangat pergi tarawikh, akhir Ramadhan lagi bersemangat pergi tarawikh, dan kejarlah malam lailatulqadar, dengan izinNya, bertemu kita dengan malam itu, Insyaallah :)



No comments:

Post a Comment