Assalamualaikum :)
Tajuk bukan main kannnn, tapi Aku Terima Nikahnya...kisah 25 Oktober 2013 lalu :) dan 25 Januari
2014, iaitu 5 hari lalu, genap usia berkahwinan ayu 3 bulan, Syukur
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih di atas segalanya. For those who not been informed, I am
officially a wife to my beloved husband, Muhammad Hafizi Abdul Rahman on October 25, 2013. We are tied in a marriage that InsyaAllah,
under the Barakah of Allah, it will lasts forever :)
Masa nikah,
untuk lebih afdal, Ayu minta ayah nikahkan Ayu, tapi Ayah tolak atas alasan
berbebar dan takut tersasul nanti. Puas pujuk ayah sebenarnya untuk setuju
nikahkan ayu, tapi ayah tetap mengelak *Ayu tahu ayah nak sebenarnya tapi ayah
takut nanti banyak kali ke ulang.
“Ayah, ayah
ada 6 orang anak perempuan, sorang dah lepas, tapi jurunikah yang nikahkan, tak
kan lagi 5 orang anak perempuan ayah yang lain ayah nak suruh jurunikah
nikahkan jugak?”
Sempat psiko
ayah. Hahahhahaha! Tapi lepas tu ayah diam tanpa kata setuju atau menolak :( Dan yang seronoknya, masa majlis nikah, Ayah yang nikahkan Ayu, Alhamdulillah
seronok sangat-sangat!
Perasaan sebelum nikah? macam-macam ada, excited, takut, dan macam-macam lah. Ayu ingat lagi, 25 okt 2013, petang tu Ayu solat Asar lambat, dalam 6.30petang camtu, sebab sibuk uruskan persiapan. Lepas solat, masa tu tiba-tiba berjurai air mata, datang rasa yang tak tahu macam mana nak ungkap, rasa seorang anak yang akan diserahmilik kepada orang lain, yang rasa macam..... Ayu ingat masa dan keadaan tu, tapi entah, susah nak ungkap. sampai adik tolong tenangkan ayu masa tu :(
Ayu nikah lepas Isya’. Masa majlis nikah, lepas dengar perkataan “sah” je, rasa bersyukur dan gembira sangat-sangat. Ayu tahan air mata tak nak bagi jatuh, nak cool je hehe tapi bila jurunikah tu suruh salam mak ayah, suruh ucap terima kasih atas segalanya, minta halalkan makan minum, yela dah tukar hak kan.. Masa tu, Ayu kalah dengan air mata. Menangis jugak :( sedih tauuuuuu :(
sedih saat minta ayah halalkan makan minum :(
minta maaf dengan mak :(
cincin kahwin untuk Ayu :)
cincin kahwin untuk suami :)
Warna biru tau batu cincin tu hehe
Sepanjang
majlis nikah, semua berjalan lancar dan cukup sempurna. Terima kasih kepada
mak, ayah, family, saudara-mara, jiran-jiran, dan rakan-rakan yang hadir dan
bertungkus lumus menjayakan majlis. Terima kasih banyak-banyak.
Korang yang masih mencari videographer, boleh hire Myshotswedding, High recommended sangat sebab video dorang shoot semua cantik-cantik tau dan yang paling penting senang bekerjasama. Terima kasih Myshotswedding.
Lain hari
Ayu cerita pasal majlis persandingan, bertandang, persalinan, veil dan tudung
yg Ayu buat sendiri dan macam-macam yang DIY ok. Insyaallah, Insyaalah ,
Insyaallah :)
Tahniah! :)
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletesure! btw tanks :)
ReplyDeletecantikk.... tahniah ye.. jemput ke blog saya ye.. kalau sudi follow la sekali hihi...
ReplyDeletehttp://lotoflove123.blogspot.com/