Friday 7 March 2014

Pakej Kahwin


Assalamualaikum :)


Tak habis-habis dengan entry kahwin? Eh..xpelah, itu kan kenangan paling best dan terbaik dalam hidup Ayu. Biar ok. Korang sila lah percaya dan tolong jangan jeles. Sila lempang laju-laju ini orang.

Short entry tapi penuh informasi berkenaan persoalan yang korang keep on asking and asking tentang majlis Ayu haritu. Tapi bila scroll ke bawah, panjang lebar pulak, hahaha. xpelah kan? Em..mai sini ayu share.


Make up


MUA dari Batu Pahat, iaitu Kak Sarimah :)
jauh ioll hire tauuu sebab dah lamaaaa usha kakak ni. Tapi kenapa dia?
  
1st. Mestilah sebab dia make up cantikkkkkkkk sangat-sangat. Sumpah tak tipu. Kalau tak, ioll tak kan hire orang jauh-jauh ni kan. Cuba tengok hasil tangan MUA ni dekat FB,  jatuh hati kot. Menangis!
2nd. Sebab dia perempuan. Ofkoz la kan. It better for me as a woman. 
3rd. Harga dia bagi sangat reasonable! Ini serious. 


Pelamin Nikah dan Sanding

Pelamin nikah

Pelamin Sanding

Butik yang masih baru, but they can make your dreams become true! Dengan harga yang sangat reasonable tau!
Orang kata, tak berbaloi 1 pelamin dengan harga 3K++, (tapi for sure lah dgn harga 3K++ tu, deco dia sangat exclusive ala-ala retis kan)
tapi! haaa..ada tapi tu..
dgn butik ni, korang boleh dapat harga lebih kurang macam tu, tapi bukan setakat pelamin sahaja, ALL IN tau. Ulang kata, ALL IN. tapi kena la bincang dulu dan bersesuaian dengan permintaan.


Baju Sanding


Baju sanding (Lelaki dan Perempuan) juga dari bridal yang sama.
Cuma, ayu dalam hal-hal design dan pilihan fabrik dan material, ayu deal terus dgn tailor dia, senang (atas persetujuan owner). Tailor ni nama dia Kak Nafiza. Dia ni kan, cakap je nak macam mana, dia design ala kadar, and yup! apa yang ada dalam kepala, yang itu lah hasilnya. Confirm puas hati! Dan harga dia sangat-sangat reasonable. 

**Tips!

Kenapa perlu cari famous designer untuk buat baju korang kalau ada tailors/designers yang mampu buat baju superb macam famous designer buat? 


Baju Nikah


Part ni yang paling special sebenarnya hehehe sebab sebahagian daripada baju nikah ayu DIY tau. Veil, set tudung dan anak tudung dan beadings pada baju tu Ayu yang buat sendiri tau :) Termasuk bunga tangan tu..hee..
Part ini nanti ayu buat entry lain. Ecxited!


Official Videographer


Video nikah dah jadi trend sekarang. (ikut kemampuan masing-masing). 
Ayu hire Myshots Wedding untuk shoot masa nikah.
Hasilnya sungguh ohsome! Terbaik! Puas hati tahap max!



Ayu  yakin dan percaya, moment saat dinikahkan tu akan menjadi memory yang begitu indah yang kita nakkk sangat ingat sampai bila-bila. Yela, menjadi yang paling bahagia, paling cantik, paling menawan. The day that both of you married. The day your husband accepted you as his wife. The day you become his wife.. Emm..miss that momment so much!

My opinion, tak salah buat video, kalau ada bajet lebih sikit. But, its depends on you. Follow your budget. Itu yang penting ok! Dan untuk makluman, ayu tengok video nikah ayu almost every night before sleep (ada juga miss kadang-kadang) bila ayu rindu suami. Yela.. PJJ husband and Wife kan.  


Henna Art

Ayu buat dengan seorang budak, Nama dia Jiha.
Mesti korang susah nak percaya, henna ayu, budak sekolah tingkatan 5 yang buatkan :) hehe percaya tak? she is talented girl. Call Jiha dan dia boleh datang terus dekat rumah dan buat henna dekat rumah kita. Senang. Tak kelam kabut.

Disebabkan dia masih di bawah umur, dia agak terhad untuk ke mana-mana untuk buat henna. So pada b2b area Temerloh yang nak hire Jiha, please let me know, nanti ayu bagi contact number Jiha, ok? Emm hasil henna boleh tengok dekat gambar dalam entry sebelum-sebelum ni ok.


Official Photographer

Untuk photographer, ayu hire Lielolensa Studio
Gambar pun cantik. Harga pun okey. Hasil gambar yang Lielolensa Studio shoot, korang boleh baca/tengok entry nikah Nikah dan Sanding Ayu sebelum ini :)


**Tips!

PENTING untuk kita menggunakan service photographer yang boleh BEKERJASAMA DENGAN BAIK dengan kita dalam keadaan kita yang sedang sibuk semasa majlis, (melayan tetamu, saudara-masa dan kawan-kawan) supaya gambar yang photographer shoot adalah seperti yang kita harapkan.


Hiasan Meja Makan Pengantin

Hiasan termasuk khemah ayu ambil dari Generasi Setia Enterprise


Sorry, tak ada pula full picture untuk meja makan pengantin. Ini je yang ada. Nampak la juga sikit-sikit kat belakang tu kan? =__=  Service sangat baik. Harga pun okey.


Guest Book


Guest book dari Kak Nani. Harga yang rasa macam nak menangis, sumpah berbaloi. Dah la hasil kerja yang baik sangat-sangat. Do contact her ok. Takkan menyesal punya.


Emm..rasanya perlu buat penutup dah ni. Ada apa-apa yang lain yang Ayu tertinggal tak? hihi 
Tadi awal-awal cakap nak buat short entry je, tapi terpanjang pulak. sorry sorry.

Terima kasih sudi membaca :)

Till then, Ayu.


No comments:

Post a Comment