Tuesday 18 February 2014

Man Burger Kukus Lava? Eh, sedap ke?


Assalamualaikum :)



Tajuk bukan main macam nak boikot je kan? bajet macam best sangat burger kat situ. Tapi kalau tak pernah makan dekat situ jangan nak complain makanan kat situ. Paham? kikikiki

Jumaat malam sabtu lepas Ayu dengan housemate pergi makan kat sana. Orang duk bercerita pasal burger kat situ dari dulu dulu dulu lagi, tapi Ayu baru ni dapat peluang cuba sendiri makanan kat situ -__-. Tapi xpe, rezeki korang dapat pergi makan sana dulu, rezeki ayu baru tiba. takpe, takpe, kita ok.

Restoran terletak di Damansara Damai, jauh jugak la ayu nak pergi sana. Jalan nak kesana memang tak tahu, tapi En. Waze ada sedia membantu hehehehe. Tapi, bila nak navigate location dalam waze tu, jangan taip Man Burger Kukus Lava, menangis tak berlagu korang tak jumpa tempat. Tapi landmark yang senang, taip Mcdonald Damansara Damai. Insyaallah tak sesat ok.



Bila sampai sana.. "oo..besar jugak eh tempat dia, siap ada restoran". biasa burger bakar orang berniaga bukak khemah and open table tepi khemah je, tapi yang ni lain. Tapi restoran dia tingkat atas je tau.


nampak Mcd kan? landmark kalau nak datang sini


Menggunakan sistem layan diri, **bagus macam tu, jimat tenaga pekerja! Order burger dan minuman dekat cashier, then bayar terus.  nanti cashier akan bagi nombor.  So tunggu la sehingga nombor kita dipanggil :)


Masa ayu pergi sana, orang tak ramai, Alhamdulillah, order cepat sampai.  Ayu ada terbaca orang komen kata service situ lambat..errr, maybe sebab ramai orang waktu tu kot......Ok, tutup mata duduk diam-diam.

10 minit tunggu, then.. "nombor 147!" ada announcement lagi kot, hebat! thats mean makanan kami dah siap hehe


tempat masak-memasak hehe..tepi hujung kanan tu tempat PA system, di mana order anda akan dipanggil


Sedap ke makanan kt sini? Ayu order ape? Apa yang menarik? Haaa! Haritu Ayu order Double Cheese Burger, dan kawan order Mr. Crabs with Red Bun. Dan ada tambahan menu (kawan order, ayu tumpang sekaki) hahaha sebab pelahap tahap gila kan, Meatball Lava.

Ok, sekarang ayu nak cerita bab makanan. Kena serious. 


Double Cheese Burger

Ni yang Ayu order, Double Cheese Burger, menu baru dekat situ. My personal opinion, decoration menarik, memang terliur, roti lembut, sauce cili banyak meleleh. Tapi daging dia biasa-biasa je. Daging lembut cuma daging yang digunakan tak rasa daging sangat. Pada ayu, burger ni biasa-biasa jela.           


nampak tak bahagian dalam daging tu?

Mr. Crabs with red bun

Haaaa..yang ni hot item tau, hot selling hot segala-gala hot hehe.  Dan semestinya yang ini sedap! kalau tak, tak kan jadi hot selling kan hehe. Macam Mr. Crab dalam cerita karton Spongebob tu, decoration dia sangat menarik, memang dah macam Mr. Crab dah. Tomato baby sebagai mata Mr. Crab, bun merah sebagai badan dah macam real dah kan? Daging dia pun sedap, daging sangat terasa daging, juicy, sauce cili dan mayonis meleleh memang terbaik lah!. Kalau datang sini, wajib cuba yang ini ok.


Meatball Lava


Yang ini pulak, menu tambahan sebab pelahap haha. deco dia pun cantik, colorful, siap ada mayonis color hijau dibuat corak-corak bunga lagi dan ia adalah sangat menarik! Dan meatball tu, rasa dia sama dengan daging double cheese burger tuuu. So pada ayu, meatball dia biasa-biasa sahaja. 


ini muka tipu pakai flash. ok Sekian.



Bila korang berkesempatan, korang kena cuba restoran ni tau, sebab lain tempat lain rasa.  Insyaallah, Ayu nak pergi sini lagi nanti bawa kekasih hati pula.  Ok terima kasih sudi membaca!


Till then, Ayu.







No comments:

Post a Comment