Monday 25 August 2014

Night Portrait Post Wedding

Assalamualaikum :)






Hari ini genap 10bulan perkahwinan Ayu dan Suami. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih atas kebahagiaan yang Engkau berikan. Bila bercerita soal kahwin dan asam garam hidup berumahtangga ni, pada Ayu, perkara utama yang perlu di titik beratkan adalah kepercayaan. Ya, kepercayaan antara kami suami isteri.





Ayu beri contoh situasi Ayu. Ayu dan suami tinggal berasingan. Bila tinggal berasingan ni, apa suami buat, suami pergi mana, semua Ayu tak tahu. Begitu juga sebaliknya.  Memang sekarang sudah ada cara mudah untuk berkomunikasi, untuk kami saling memaklumkan apa yang kami buat, aktiviti harian kami dan sebagainya. Tapi cara ini bukanlah cara yang "sebegitu real" macam kita nampak depan mata, betul tak? Jadinya, situasi macam inilah yang perlukan kepercayaan tinggi antara satu sama lain.  




Ayu sebagai manusia biasa tak tahu ujian Tuhan untuk masa depan Ayu macam mana. Kot nanti Tuhan nak uji tahap kepercayaan antara kami. Wujudnya insan yang tidak diingini. Datangnya masalah yang tidak diduga. Oh jauhkan Ya Allah Ya Tuhanku.....Tapi, setakat ni, Alhamdulillah, Ayu bersyukur teramat sangat, dengan keadaan kami yang sentiasa berjauhan, yang jumpa sebulan hanya dua kali, dan kadang-kadang tu bonus dapat jumpa lebih dari dua kali. Dan Alhamdulillah, kami masih dan saling mempercayai antara satu sama lain. 




Bila kita tak percaya pada pasangan kita, Ya Allah..susah tahu nak teruskan hidup. Sebab kita bukan nak hidup 5 6 tahun dengan pasangan kita. Tapi seumur hidup kita. Orang kata sampai mati la kan? Kalau sikit kepercayaan kita sudah hilang, Ayu percaya, sikit demi sedikit kita akan mencari kelemahan pasangan kita. Sampai satu tahap, bila kepercayaan tu dah tak ada, nak teruskan hidup bersama macam mana kan? Sebab tu, dalam perhubungan antara Ayu dan Suami, kami letakkan KEPERCAYAAN nombor 1!




Ayu mohon agar pembaca-pembaca yang dikasihi (ayat poyo hihi), doakan semoga hubungan kami kekal hingga ke syurga Illahi. Doakan semoga cinta jarak jauh ini sentiasa utuh dan kuat untuk kami lalui. Doakan kami semoga dimurahkan rezeki dengan zuriat-zuriat yang baik. Dan doakan kami supaya satu hari nanti kami akan tinggal sebumbung tau :)




 Untuk Suami tercinta, terima kasih kerana sudi terima Ayu sebagai suri dalam hidup dan sanggup terima baik buruk Ayu seadanya. Ayu sayangkan Abang sangat-sangat! 

How can I thank you for being such a good husband for me. You are such an amazing man and make me appreciate you more and more everyday. Alhamdulillah, Insyaallah.



Til then, Ayu.











2 comments: