Sunday 2 November 2014

Part 1 : Kenapa Krabi?


Assalamualaikum :)


Sebelum segala keterujaan dan kegembiraan ber holiday di Krabi hilang sedikit demi sedikit, baik Ayu share segala tips dan pengalaman di sana dalam blog Ayu kan? Ingat lagi dulu bukan main nak update blog pergi holiday di Bandung, sampai laaaa niii tak update punnn, sampai la cerita honeymoon di Japan tahun lepas, pun tak terbuat entry tuuu =__= Sekarang dah 1st anniversary dah pun, dan Ayu akan pastikan Ayu simpan kenangan ini dalam blog Ayu :) 


Indah ciptaan Yang Maha Esa.

Kisahnya dulu, Ayu dan Husband dah plan nak honeymoon untuk sambut 1st anniversary kami October nanti, tapi kami tak plan dengan serious pun nak ke Krabi.  Dan, dalam list tempat honeymoon, Krabi bukan lah berada di kedudukan teratas **cewah ayat!  March 2014, husband Ayu buka website Air Asia. Masa tu Air Asia buat promotion penerbangan kos rendah yang kaw-kaw punya, dan masa tu Krabi merupakan salah satu tempat yang tersenarai dalam promotion tu. 

Husband Ayu tak bincang dengan Ayu pun waktu tu, dia terus beli tiket ke Krabi untuk 2 orang bagi perjalanan 4 hari 3 malam. Harga flight ticket? Mestilah murahhhhh sangat-sangat! Emm nanti Ayu bagitau hehe. Tapi bulan 3 kot masa tu, nak tunggu bulan 10, macam-macam boleh jadi. Tawakal jelah. Tapi masa tu Ayu okey je kalau ke Krabi pun. Best ape Krabi. Laut cantik, biru, nyamannnn. hehehe. 


Sanngat jernih dan bersih air laut. Nak nanges ase =__=

Nak dijadikan cerita, dua bulan sebelum depart, husband Ayu ditugaskan ke Sabah pada tarikh sama nak ke Krabi. Merajuk marah Ayu tak payah cakap lah, malu nak cerita bahahaha! Sampaikan taknak bercakap langsung dah hal Krabi, geram punya pasal.  Tapi, Alhamdulillah rezeki memihak pada kami. Dua minggu sebelum depart, husband bagitau projek dekat Sabah tu postpone! Dalam hati punyalah happy bagai nak rak korang tauuu, tapi depan husband buat biasa-biasa je tak nak berharap sangat. Haha!

Tapi sekarang, lepas balik dari sana, apa yang Ayu rasa, Krabi adalah satu tempat yang begitu tenang dan menyeronokkan. Dulu Ayu ingat Krabi adalah pulau, tapi sebenarnya tak. Krabi adalah pekan kecil yang di kawasan sekitarnya terdapat pulau-pulau kecil yang begitu indah dan mempersonakan. Patutlah banyak pasangan yang baru berkahwin memilih Krabi sebagai destinasi untuk berbulan madu hehehe. 

Ayu nak share segala aktiviti, kos keseluruhan perbelanjaan, makanan dan macam-macam lagi yang Ayu buat dekat sana, dan yang pastinya akan ada banyak part dan juga gambar untuk menyiapkan entry Ke Krabi ni hehehe.  Tunggu dan sabar okey? :) 

I Love Krabi too much!

till then, Ayu.







No comments:

Post a Comment