Thursday 13 March 2014

Majlis Bertandang :)


Assalamualaikum :)


Majlis bertandang ke sebelah keluarga suami di Perak dibuat seminggu lepas majlis sebelah Ayu iaitu pada 2 November 2013. Semua berjalan dengan lancar, cukup sempurna dengan cuaca yang baik.  Tema baju adalah Turquoise + Purple. Just nice kan? Warna pilihan suami tuu hehehe.  Majlis bertandang diadakan ringkas tetapi cukup meriah dengan kehadiran tetamu. Alhamdulillah.

Perkahwinan itu memang indah, tapi apa yang Ayu harapkan adalah kehidupan Ayu bersama suami lebih indah dari majlis perkahwinan yang kami lalui. InsyaAllah. 

Tolong eh, tolong doakan sama-sama demi kebahagiaan kami, hanya Tuhan yang mampu membalas niat baik korang. Terima kasih :)

Malas nak membebel panjang-panjang, jom layan gambar jom!




















Banyak gambar lagi sebenarnya, tapi kalau letak gambar banyak-banyak, korang meluat muntah hijau pulak =__= Jadi cukup lah gambar bertandang ayu setakat ini. Dan pada yang tanya pasal night portrait post wedding Ayu,tunggu ok, dalam masa terdekat ayu share :)

Terima kasih sudi baca!

Sebelum ayu akhiri entry ini, sama-sama kita mendoakan pesawat MH370. Walau apa jua keadaan penumpang dan krew pesawat tersebut, semoga usaha pencarian akan berhasil. Kita yang tidak mampu menyumbang tenaga dalam usaha ini, kirimkan doa pada Illahi. Itu yang terbaik. Semoga Allah mendengarnya. Amin.


Till then,
Ayu.


No comments:

Post a Comment