Tuesday 4 November 2014

Part 2 : Day 1 Holiday to Krabi



Assalamualaikum :)



Jumaat. 24 Oktober 2014. Hari pertama ke Krabi. Terlebih excited iolls tauuu hahaa. Yolah, nak sambut anniversary dekat Krabi hehe. Flight No. AK860, depart time 4.25pm. Ayu dan husband keluar rumah jam 11.30am dan parking kereta di Presint 7, Putrajaya. Parking dekat situ 1 hari RM2. Kami naik ERL dari Putrajaya nak ke KLIA2. Senang sikit kan. Tambang ke KLIA2 dari Putrajaya RM6.20 seorang.

Haa..jangan korang tak tau pulak ye..
ERL dah ada sampai KLIA2 tau..dulu sampai KLIA je kan? Ayu pun baru tahu beberapa hari sebelum depart hihihi. 

Sampai di KLIA2 kami terus pusing-pusing cari Departure Hall. Walaupun masih awal, kami takut nanti terleka then nak cari Departure Hall kelam kabut tak jumpa pulak kan. Dah jumpa Departure Hall, kami solat dulu. Surau dia selesa. Luas dan bersih. Tapi lupa nak ambil gambar kawasan surau. 


Tips : Untuk yang first timer datang KLIA2 ni, 
korang kena datang awal, kena cari Departure Hall dulu, sebab KLIA2 bukan macam LCCT, KLIA2 besar, boleh sesat. Penat nanti tau.


Nasib ada husband, kalau tak dah sesat. Tapi tu bukan husband akuu!


Selesai solat, kami pergi cari tempat makan. Terlalu banyak tempat makan dalam KLIA2, sebut je nak makan apa, dari fast food, nasi campur, western, semua ada. Dan harga pun boleh tahan mahal =__= Tapi dalam banyak-banyak tempat makan, food court yang menjadi pilihan kami. 


 Menu pilihan Ayu. Sedapp! 

Menu pilihan husband.

Selesai makan, kami jalan-jalan dan saja tengok currency rate dekat bank. Mak oiiii. MYR11.20=THB100. Mahal tau!! Nasib dah tukar siap-siap duit dekat AEON Big Wangsa Maju haritu. Dekat situ dia jual MYR10.50=THB100. Kami tukar MYR840=THB8000. Kira Okey la kan? hehehe

Pukul 3.00pm macam tu kami dah masuk Departure Hall dah. Dari pintu masuk Departure Hall nak sampai betul-betul dekat gate memang jauh tau, betul la apa yang orang lain cakap. penat jalan hehe. Semua setakat ni berjalan lancar. Alhamdulillah. Cerita pasal harga ticket ke Krabi, memang husband Ayu dapat harga yang tersangat lah murah. Syukur sangat :) Harga ticket pergi balik untuk 2 orang ialah MYR258!



Tunggu masa nak terbang :)

Okey, sila lah korang terkejut. Sangat murah kan? Harga tu dah termasuk tax, dan kalau tak pilih seat tepi tingkap, confirm harga lagi murah kan? Kalau sekarang ni Ayu tengok website Air Asia, bila Ayu ambil tarikh rawak, harga ticket pergi ke Krabi sahaja berharga MYR160.




Bismillahirohmanirahim. 4.25pm flight kami pun berlepas ke Krabi. Flight kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Krabi pada jam 5.00pm waktu Krabi. Perjalanan hanya mengambil masa 1jam 30minit sahaja dan beza masa KL dengan Krabi adalah 1 jam.


Tips : Jangan ambil gambar dekat Airport Krabi, 
memang kena sound waktu tu jugak tau.

Satu benda yang Ayu rasa perlu untuk Ayu share. Ayu tak tau lah Ayu je yang perasan or orang lain pun sama. Mana-mana jelah kaunter imigresen bagi negara yang kita lawati termasuk Malaysia sendiri, semua pegawai yang bertugas dekat kaunter adalah sangat kedekut senyuman, tidak friendly dan sangat garang!! Ayu bercerita di atas experiences Ayu sendiri.

Masa Ayu berurusan di kaunter imigresen, Ayu serahkan passport dan form lawatan yang wajib kita isi bila melawat Krabi. Asal nya Ayu hanya serahkan Arrival Form sahaja, kemudian dia minta Departure Form. Mulanya Ayu tak berapa dengar apa pegawai tu cakap, bila tanya pengawai tu semula apa yang dia minta, dia boleh cakap dengan menengking "another form??" Hmmm. Apa kejadah lah nak tengking-tengking, cakap baik-baik tak boleh ke?

Dah settle, Ayu gerak dari situ. Kemudian orang belakang Ayu pun kena tengking lagi teruk! Pun sama, minta another form a.k.a Departure Form. Orang belakang Ayu kena tengking lagi teruk sebab dia tanya banyak kali sebab tak faham. Ayu boleh dengar sebab kuat kot pegawai tu tengking! Ape ke hal la nak tengking-tengking, tak boleh ke cakap elok-elok? Tak pasal-pasal orang sumpah seranah kau dalam hati!!


Murah kan? hehe


Sama masa Ayu ke Jepun dulu, bukan main kasar Pegawai Imigresen sana, dia suruh Ayu letak thumbs finger sebab nak scan, Ayu tak berapa nk faham masa tu apa dia nak, sekali kena tengking kau! Sakit pulak hati kita ni!

Dekat Malaysia pun tak kurang hebat, kedekut dengan senyuman. Muka masam mencuka duapuluhempatjamkalitigapuluhlapanhari!! Kalau tak boleh nak senyum, jangan bertugas di kaunter, tak pasal-pasal kena kutuk tiap-tiap saat! Kenapa eh semua pegawai yang bertugas di kaunter imigresen garang? Susah senyum? Kenapa? Kenapa? Kenapa? 


Tips : Dalam flight steward/stewardess akan bagi form untuk kita lengkapkan dan serah pada pegawai imigresen, form tu korang jangan pandai-pandai pisahkan Arrival Form dan Departure Form. Bagi je dua-dua form tu pada pegawai imigresen. Kalau tak,jadi lah macam ni. Spoil mode tau!


Dekat Airport, saja la Ayu survey rate currency dekat Money Exchange. Rupanya tukar di Krabi lagi menjimatkan dari tukar di KL tau! 


Rate di Airport Krabi pada 24 Oktober 2014


Tips : Kalau nak tukar duit, tukar lah separuh di KL, separuh di Krabi. Bila ada perbezaan harga macam ni, tak la ralat sangat kan?

Dari Airport Krabi nak ke hotel, kami naik shuttle bus. Tambang untuk seorang THB150/MYR15. Jangan risau, bus akan hantar sampai ke depan hotel. Kalau naik teksi, harga lagi mahal, TBH600/MYR60 untuk 1 teksi. Bezanya naik bus lambat la sikit sampai dekat hotel berbanding dengan teksi.  Nak berjimat apa salahnya naik bus kan? bukan senang dapat naik bus dekat negara orang. Pulak tu bonus dapat pusing-pusing melawat kawasan sekitar. Kalau naik teksi, dia akan hantar terus ke Hotel. Rugi kan? Hehe

 Kaunter shuttle bus belah kanan tu

Masa beli ticket, sebut nama hotel yang kita stay. Untuk hotel area Aonang, ticket bus warna kuning. 

Tips : Jangan hilangkan ticket, sebab driver bus akan tengok ticket sebagai rujukan nak drop kita dekat mana. Kalau speaking English dengan dorang, susah kot nak paham.


Bas yang kami naik.

5.30pm Ayu dan husband naik bus, dalam 5.45pm macam tu bus pun bergerak hantar penumpang ke hotel masing-masing. 7.10pm kami sampai depan hotel hehe :)


Kami stay dekat sini, husband tunggu ambil kunci.

Dalam pemilihan tempat tinggal, husband Ayu dah buat beberapa survey tempat mana nak stay. Dari Groupon, Agoda dan juga Expedia, semua dan survey. Dari ketiga-tiga website ni, Expedia menawarkan harga yang paling murah tau. Untuk 4hari 3malam, kos menginap di sini adalah RM202.56. Murah kan? Asal nya Ayu nak cari hotel tinggi-tinggi yang ada swimming pool, sea view, yang boleh candle light dinner bagai. Yelah, nak sambut anniversary. Hehe. Tapi husband tak setuju. Membazir katanya. Bukan duduk dalam bilik 24 jam pun. "Okey fine Abang" 

Tapi, kalau korang nak tahu, okey sangat-sangat tempat ni, lokasi strategik, dekat dengan pantai, berada di tengah-tengah pekan Aonang, dan sangat privacy pada pasangan yang nak honeymoon. Cewah..gituuu hehe. Korang boleh google tengok review orang yang pernah stay dekat situ, semua berpuas hati.



Bilik besar, bilik air pun besar, sangat selesa!

Haa, ni lah homestay kami. Yang belah kiri tu. Sangat privacy. Ada laman yang luas hehe


Dah check in, kami mandi, solat dan bersiap-siap pergi makan malam. Tak sabar nak rasa masakan Thai yang betul-betul pure Thai. Orang kata makan dekat sini mahal. Yeke? Mari kita lihat.

Depan restoran yang kami makan


 menu makan malam.

Kami makan dekat restoran tepi jalan dekat Pekan Aonang. Tomyam dia, fuhh! makan sampai hirup mangkuk sampai licin tau. Sedap sangat! Secukup rasa. Ayu dan husband makan nasi goreng seafood. Nasi goreng pun sedap, seafood banyak. Air kami order satu je, Cappuccino Ais. Total makan malam tu sekali dengan air TBH430. Lebih kurang MYR43. Boleh tahan mahal kan?

Selesai makan, kami singgah ke Family Mart beli simkad. Mulanya nak beli dekat Airport Krabi, tapi tak ada jual pulak. Kami beli jenis macam dalam gambar bawah ni. Happy Tourist. Harga TBH299/MYR30. Boleh guna selama 7 hari sahaja. Boleh call, SMS dan ada Internet dengan kelajuan 360km/jam. Hahaha. Sila jangan marah. Internet sangat laju. Nak upload gambar, nak google, nak buat apa saja memang laju. Tak ada loading pun.



Tips : Untuk yang holiday, 
Ayu suggestkan beli yang macam ni, tapi maksimum guna 7 hari jela tau :)

Sekarang dah boleh fikir aktiviti nak buat untuk hari esok. Untuk makluman, kami pergi Krabi tak guna mana-mana agen tau. Semua sendiri. Hotel, ticket flight, aktiviti, semua cari sendiri. Sebabnya, nak jimat banyak lah, dan tak nak terikat dengan orang lain hehe.

Part ni Ayu semangat nak cerita. Kami ambil semua aktiviti melalui Baanlay Tour. Kedai dia berada di hadapan kedai kami makan tadi dan bersebelahan dengan Money Exchange. 
  

Ayu sangat-sangat lah suggestkan korang yang nak pergi Krabi yang tanpa melalui mana-mana agen dari Malaysia, datang kedai ni, ambil aktiviti korang dengan tour ni. Sebab apa? Sebab harga yang dia tawarkan sangat murah dan berpatutan. Meh Ayu cerita. 

Masa nak check in dekat hotel, Ayu dan husband saja tanya pakej yang dorang tawarkan. Ayu memang nak pergi pakej Phi Phi Island dan tanya harga yang hotel tawarkan. Dekat hotel dia bagi harga TBH1200 per person. Dalam MYR120. Harga termasuk safety jacket, buffet lunch, air dan buah-buahan dalam boat. Jaminan yang hotel ni beri, 'Duit dikembalikan jika cuaca tak mengizinkan untuk ke pulau'. Hotel cakap, kalau kami beli di tepi jalan, mungkin murah, tapi jaminan wang dikembalikan tak ada. Okey, dekat situ dan ada guarantee dah. Bagus jugak kan?


Discussion. Couple tu kawan kami. Kami datang sama-sama, tapi dorang ambil pakej dari Malaysia. Kami tak hehe. Yang free hair tu adalah Lay. Owner kedai tour ni :)

Tapi, dekat Baanlay Tour, dia boleh bagi harga TBH900 per person, dalam MYR90 dan juga ada jaminan wang dipulangkan jika cuaca tak mengizinkan. Harga termasuk safety jacket, buffet lunch, air dan buah-buahan dalam boat. Tak ada beza pun dengan ambil di hotel. Bezanya dekat hotel mahal. So, kami terus sain agreement ambil pakej Phi Phi Island dengan Baanlay Tour untuk dua orang :) Esok akan ada transport yang ambil kami di depan hotel jam 8.30am. Hehe. Dan kawan kami pergi pakej 4 Island. Pakej yang dan ditetapkan oleh agen dari Malaysia. Tak sama tempat. 


Tips : Survey harga dulu sebelum ambil mana-mana pakej. Sebab setiap tempat lain harganya. Dari yang kawan cakap, dan dari pembacaan Ayu dekat blog, setakat ni harga MYR90 adalah yang paling murah tau. Entry seterusnya Ayu cerita harga 3 sekawan dari Malaysia ni dapat. Jauh beza tauu! 

 Banyak pakej/aktiviti yang ditawarkan dekat Baanlay Tour

Sewa motor pun boleh

Alhamdulillah. Settle satu hal. Lepas tu kami singgah semula di Family Mart. Beli jajan-jajan buat alas perut kot-kot lapar tengah malam ke kan. Family Mart lebih kurang macam 7-Eleven. Macam-macam ada. Cashier dekat situ tak pandai speaking English. Susah sikit nk communicate. 


Tertarik dengan ni hehe. Tapi tak sure halal or tak.


Nak beli meggi cup asalnya, nak cari brand Ruski. Brand tuuuu haha. 
Tapi tak jumpa. Brand lain ada. tapi tak yakin laa..

Selesai membeli belah, apa lagi, balik la ke hotel. Malam tu kami jalan kaki je dari hotel nak pergi makan, family mart, Baanlay Tour. Semua dekat-dekat. Okey, next entry Ayu cerita pasal Pakej Phi Phi Island yang sangat-sangat have fun okey! Jangan jemu tunggu okey hehe.



Till then, Ayu.

No comments:

Post a Comment