Friday 7 November 2014

Part 3 : Day 2 Holiday to Krabi



Assalamualaikum :)

Hari ni Sabtu, 25 Oktober 2014, adalah hari anniversary kami. Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas peluang dan kesempatan ini :) Dan hari ini juga telah bermulanya tahun baru bagi umat Islam, 1 Muharram 1436H. Such a wonderful day :) :) :)

Pagi tu kami bersiap-siap keluar bilik dalam pukul 7.00am untuk mencari breakfast. Dalam mencari-cari kedai/gerai tu, sempat pulak kami singgah snap-snap gambar di kawasan sekitar hehe. Yelah, semalam sampai hari dah gelap. Hari ni baru nampak apa ada di sekeliling.

 

 Cantik kan jambatan ni? Dekat je dengan hotel ayu hehe

Lepas tu kami pun cari kedai/gerai makan, tapi sayang sangat, waktu pagi tak banyak gerai/kedai makan yang buka. Tapi Alhamdulillah, jumpa satu gerai Muslim jual makanan. Kami pun beli makanan dekat situ dan makan di bilik. Total makanan  TBH50/MYR5. Murah kan? hehe


Waktu ni masih pagi lagi, tak banyak gerai yang buka. Tunggu siang sikit, berderet-deret gerai makan dekat sini
  
Pulut + Ayam dan Mehun + kkuah + timun + carrot + salad + tomato + telur masin


Tips : Breakfast perlu ambil sebab aktiviti hari ini agak memenatkan dan perlu banyak tenaga

Siap makan, 8.30am Ayu dan Hunsband tunggu di receptionist hotel. Tunggu dalam 5 minit macam tu transport kami pun sampai. Transport ni akan bawa kami ke tepi pantai.

 Dalam ni dah macam sardin dah pun. 
Semua dalam ni bukan ambil pakej dengan Baanlay Tour yang ayu cerita dalam entry sebelum ni tau, dia campur-campur. Yang ambil pakej di airport pun ada.



Seorang lelaki sebelah husband Ayu dan dua orang perempuan sebelah Ayu tu..haa dia orang la tiga sekawan yang Ayu nak cerita tu. Kami borak-borak dan masuklah bab harga yang dorang dapat untuk pakej Phi Phi Island ni. Dorang dapat TBH1250/MYR125 untuk seorang. Haa lagi mahal kan? Dorang ambil pakej di Aiprort Krabi. 


Tips : Kalau korang dapat harga TBH900/MYR90 untuk pakej Phi Phi Island. Ambil je terus, dah kira paling murah dah tu tau hehe


Perjalanan dari hotel kami ke tepi pantai dalam 10 minit je. Dekat sangat. Dah sampai tu, kami berkumpul di satu kawasan. Ramai tau orang pagi tu, dari pelbagai negara. Dekat situ kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Satu kumpulan ada lebih kurang 30 orang. 30 orang ni akan naik satu speedboat.


Tips : Untuk aktiviti ini, korang tak perlu bawa baju spare pun nak tukar dekat sana lepas main air. Baju apa korang pakai masa pergi, baju tulah korang pakai masa balik. Bawa camera dan monopod je untuk selfie banyak-banyak dekat sana hehe


 Tempat berkumpul dan pembahagian kumpulan

Ayu dan husband dalam satu kumpulan. Mau kena marah orang tu kalau pisahkan kami kekekee! Perbezaan kumpulan akan ditentukan dengan warna sticker. Kumpulan Ayu warna purple dan kami kumpulan 1 dan akan naik speedboat no.1 hehe

Dah dapat sticker tu tampal di baju dan tudung

Baju biru tu Ketua Rombongan kami. Masa ni tengah briefing sikit tentang aktiviti hari ini

Selesai briefing, kumpulan kami bergerak ke speedboat

 Tadaa! Dah sampai Phi Phi Island. 
Okey, ini tipu. Ni di sekitar kawasan speedboat hehehe


 Antara ahli kumpulan Ayu, nak naik speedboat dah tu. Korang tengok banyak kan speedboat? Semua tu akan ke Phi Phi Island. Kumpulan kami antara yang terawal yang gerak ke sana

 Nak naik boat dah ni, bismillah, semoga selamat semuanya, amin.

Nampak tak apa husband Ayu buat tu? Dia nak rendam selipar dalam air dan ini adalah arahan dari Ketua speedboat kami. Dorang taknak boat kotor dengan pasir. Tak rendam kena marah tau!

Tips : Korang pakai selipar ke, kasut ke, sport shoe ke, jatuh syarat wajib rendam kasut dalam air tau. Kalau taknak kasut korang basah kena air, baik pakai selipar. Itu adalah yang paling sesuai tau.

Dalam boat :)


Tips : Kalau korang sentiasa nak dengar penerangan Ketua tentang sesuatu tempat, korang kena duduk tengah, tapi kalau nak layan view, duduk depan atau belakang jelah ok


Selfie sikett :p

Lokasi pertama kami adalah ke Bamboo Island, perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Jauh tau. Sebab tu kena naik speedboat. Kalau tak, entah bila akan sampai kan. Dalam perjalanan tu, rasa mengantuk je ditambah angin yang sentiasa meniup kuat. Tapi bila dah sampai tu, masyaAllah, terkesima sekejap. Cantik sangat tempat ni, bersih, air laut biru jernih, pasir putih lembut. Dekat sini ketua bagi masa selama 40 minit, apa lagi, jom terjunnnn!

 Cantik kan ciptaan Tuhan :)

 Nampak speedboat belakang tu? Bila boat yang lain-lain sampai, akan tersusun berderet-deret je boat dekat belakang tu. Masa tu korang mesti akan keliru "mana satu la speedboat aku eh?"








Maaf yee, gambar tuan wajib ada dalam blog ni hehehe

Dah puas main air, kami jalan-jalan sekitar pulau ni. Ada kemudahan tandas, gerai makanan dan minuman dan tempat istirehat. Dekat situ teduh sikit sebab ada pokok-pokok.


Tips : Korang kena pakai dan bawa sun block tau sebab taknak muka korang gelap dan berbelang kan? Sun glass pun kena ada, panas tau kat sana



Korang jangan terleka tau masa dekat sana. Ikut masa yang diberi. Kami hari tu terpaksa lari-lari anak menuju ke speedboat sebab terleka hehe. Nak cari speedboat pulak satu hal. Semua sama je tengok! Haha. Jangan kena tinggal dengan speedboat sudah. Pernah ada kes, Ketua cerita, dia tinggalkan orang sebab lama sangat hilang tak muncul-muncul. Bila lambat sangat, akan mengganggu aktiviti yang seterusnya. Jadi nya, orang yang kena tinggal tu terpaksa tumpang speedboat lain.


Aktiviti seterusnya adalah menuju ke lokasi kedua iaitu Viking Cave. Viking Cave ini adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negara Thailand dan terdapat aktiviti pembiakan sarang burung dalam tu. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam tu. Boat kami berhenti di hadapan gua untuk ambil gambar.



Agak menyeramkan gua ni kan? tapi seram-seram pun, air laut tetap maintain biru jernih hehehe 

Kemudian kami bergerak menuju ke lokasi ketiga iaitu Pileh Bay. Dekat situ kami menghayati keindahan alam, canitk sangat dengan lagoon yang mempunyai pelbagai ketinggian dan bentuk, dengan air laut jernih bersih. Bila pandang dasar laut, nampak dengan jelas batu karang dekat situ, sebab air laut terlalu jernih. Dekat situ boat kami hanya menyelusuri tepian lagoon dan menghayati keindahan alam.





Kalau nampak boat kecil macam ni, dorang ni menyewa boat dengan privacy pakej. Dengan privacy pakej ni, mereka tak terikat dengan masa, mereka boleh stay seberapa lama yang dorang suka. Tapi pakej ini mahal la sikit ye, mat salleh je yang banyak ambil pakej ni hehe

Lokasi ke empat adalah menuju ke tempat yang Ayu nak pergi sangat-sangat iaitu Maya Bay. Maya Bay adalah salah sebuah tempat yang begitu mempesonakan di dalam dunia yang mempunyai pantai yang begitu cantik dan indah. Maya Bay telah menjadi salah satu tempat tarikan sejak filem Hollywood pernah menjalankan penggambaran di sini iaitu filem "The Beach" pada tahun 1999 lakonan Leonardo DiCaprio. 










 Maaf, maaf, maaf. Keterujaan yang tak boleh dibendung lagi, nak share semua gambar tuan tanah hehe


 Pasir dekat sini, selembut-lembut kapas tauuu


Sempat lagi lompat-lompat kan? hehe masa lompat-lompat tu, baju dan seluar ayu melekat dengan pasir tau, so masa nak balik naik boat tu, ketua duk jirus air dekat belakang Ayu, sebab taknak boat dia kotor dengan pasir. Haha layankan jelah

Maya Bay, semoga bertemu lagi. 
"Emm, tahun depan lagi sekali ye Abang?" hihihi

Selepas tu kami menuju ke Monkey Beach iaitu lokasi ke lima kami. Dekat sini tak ada apa sangat kot. Kata ketua, sepatutnya ada monyet, boleh nampak dari atas boat, sebab tu tempat tu dinamakan Monkey Beach. Tapi masa kami pergi tu tak nampak seekor monyet pun. Pergi cari makan kot monyet-monyet tuuu..Dah tengahari kan? Mesti dorang dah lapar kikiki.

Selesai dekat situ, kami menuju ke Phi Phi Don, lokasi ke enam. Dekat situlah kami dijamukan dengan buffet lunch. Besar tempatnya, dan orang dah tentunya ramai. Lunch buffet ni dah termasuk dengan harga pakej tau. So boleh makan sepuas-puasnya. Masa diberi di situ adalah 1jam, lepas tu kena berkumpul di boat semula

Tempat makan, kena buka kasut/selipar tau

Dekat Krabi menu tomyam tak pernah tak ada. Ada ayam goreng juga tau. Menu lain iaitu spaghetti pun ada

Lepas makan, Ayu dan husband berjalan-jalan kawasan sekitar.

Sign board ni akan sentiasa kita jumpa dekat Krabi

 Lokasi ni adalah bersebelahan dengan tempat makan tadi



Gerai jualan air, makanan, souvenir pun ada dekat situ 

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti snorkeling. Tempat snorkeling adalah di Lohsamah Bay, iaitu lokasi ke tujuh. Untuk aktiviti ni, goggle akan diberi pinjam oleh pihak speedboat kita. Tapi goggle tu adalah di atas tanggungjawab kita. Bayaran gantian telah ditetapkan kalau kita rosakkan/hilangkan goggle tu. Jadi jaga baik-baik yaa. 

Masa dekat Lohsamah Bay, Ayu dan husband buat snorkeling tapi sekejap je sebab ombak masa tu agak kuat. Tapi dekat situ ikan ada banyak tauu. Batu karang pun banyak. Cantik sangat.




Nampak tak ikan warna kuning tu? hehe

Tips : Korang bawa lah roti keping dan bagi ikan makan masa aktiviti snorkeling. Korang akan rasa sangat-sangat jealous bila tengok ikan sentiasa datang dekat dengan si pemberi makanan. Wuwu. Ayu buat muka tak tau malu menempel dekat orang lain yang ada roti..boleh main dengan ikan sekali tau. Best sangat!

Kami kemudian bergerak ke tempat snorkeling kedua iaitu di Hin Klang. Hin Klang adalah tempat lawatan terakhir dalam pakej Phi Phi Island. Dekat sini Ayu dan husband buat snorkeling lama sikit. Tapi sayang, dekat situ tak banyak sangat ikan. Batu karang pun tak banyak. Ralat pulak rasa tak snorkeling lama dekat Lohsamah Bay tadi. Sobsob!

Tips : Korang kena beli cover hand phone atau camera korang untuk ambil gambar underwater. Sayang tau tak ambil gambar dengan ikan. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Cover tu boleh beli di pekan Aonang dengan harga TBH300/MYR30. Ini yang original. Yang lagi murah pun ada, tapi tak ada kualiti la.

Maka, dengan berakhirnya aktiviti snorkeling itu tadi, makan berakhir lah aktiviti kami di Phi Phi Island. 3.15pm boat kami bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, kami dihidangkan dengan buah-buahan. Bagus kan? penat snorkeling dapat makan buah lepas tu hehe


Lepas makan buah, Ketua akan mintak tips tau, dia akan pusing satu boat dengan satu tabung. Terpulang la nk donate or tak :)

4.00pm speedboat kami sampai di darat. Bila sampai darat tu, korang akan merasakan suasana seperti berada di Pulau Langkawi. Akan ada orang yang open table dan jual gambar korang. Gambar tu mereka snap pagi tadi sebelum kami naik speedboat. Kalau dekat Pulau Langkawi kan, bila turun je bas, mesti ada orang akan snap gambar kita. Lepas tu, bila nak naik bas, dorang akan open table jual gambar sekali dengan frame piring. Emm frame piring? Yaa frame piring dengan harga RM10. 



Tapi yang ni bukan frame piring ye, frame dia cantik! Siap ada hiasan siput yang comel-comel. Harga sama je dengan frame piring, TBH100/MYR10 sahaja. Ayu beli la jugak gambar ni, tapi husband Ayu tak beli, "gambar dia dalam keadaan tak ready katanya" hihihi

Masa nak balik ke hotel, keadaan kelam labut sikit. Dorang akan kumpul kan orang yang stay di hotel yang sama atau berhampiran untuk naik satu transport. Cukup orang, transport tu gerak. Masa tu lambat jugak la nak dapat naik transport. Bila dah dapat naik tu, kami bukan naik dengan orang sama masa pergi, tapi dah bertukar orang. Emm macam mana eh pengurusan dorang, macam ada link gitu.


 Tunggu turn naik transport

Ni lah transport kami :)

Em ada lagi aktiviti Ayu lepas ni, Ayu try makan pancake Yaminlah. Yaaa pancake yang begitu famous di kalangan rakyat Malaysia tuu. Tapi Ayu nak cerita dekat entry lain yaa. Entry ni pun dah panjang berjela. Panjang pun sebab banyak gambar. Ye tak? hihi Lepas tu Ayu nak share pasal kedai makan yang murah. Lay, owner Baanlay Tour bawa dan lepak makan bersama kami. Banyak benda yang Lay kongsi dengan kami. Nanti Ayu share dengan korang. Haa..tunggu okay next entry. Bye love u! 


Till then, Ayu.




No comments: