Wednesday 12 November 2014

Part 4 : Day 2 Holiday to Krabi



Assalamualaikum :)


Kali ni Ayu nak share aktiviti Ayu selepas balik dari Phi Phi Island, iaitu pada sebelah petangnya. Yang belum baca entry Ayu pasal aktiviti di pagi hari kedua, boleh baca dekat sini. 

Transport kami hantar kami sampai ke depan receptionist hotel. Turun je dari lori tu, kami singgah beli pancake yang dijual di depan hotel. Sambil-sambil tu mata Ayu duk melilau, dekat mana lah gerai pancake Yaminlah, yang sangat famous di kalangan rakyat Malaysia tu. Yang orang kata sedap-sedap tu, tapi tak nampak pula gerai Yaminlah. Husband cakap "nak tahu betul ke pancake Yaminlah sedap, kena compare rasa dengan pancake orang lain, baru tahu sedap ke tak" Emm..betul jugak kan? Jadi kami beli la pancake depan hotel ni. Pancake perisa Banana Nutella berharga TBH50/MYR5.

Gerai depan hotel



Proses pembikinan Banana Nutella

 Makan sambil jalan huhu. Rasa pancake tu?
Emm nanti Ayu bagitau lepas cerita pasa Yaminlah pancake okey

Lepas makan kami balik ke hotel, bersihkan diri dan solat. Rehat sekejap, lepas tu kami keluar jalan-jalan cari makan. Kami jalan kaki je waktu tu. Masa jalan-jalan tu, baru lah kami terjumpa gerai pancake Yaminlah.

Tips : Lokasi gerai Yaminlah berada bertentangan 
dengan Balai Polis dan berada paling hujung di antara gerai-gerai yang lain

Seronok rasa sebab jumpa juga gerai ni. Kami beli perisa banana nutella juga sebab nak compare rasa dengan yang depan hotel tadi kan.


Okey, ni lah rupanya Banana Nutella dari Gerai Yaminlah Pancake. Apa yang Ayu boleh comment, Yaminlah pancake lagi sedap dari yang petang tadi sebab roti dia lagi rangup, Nutella dia banyak sangat, tak kedekut pun dan yang paling penting, harga lagi murah dari yang tadi, TBH40/MYR4 sahaja. Jadi betul la apa yang Ayu baca pasal pancake ni..memang terbaik lah! Korang kena cuba tau kalau datang krabi hehe

Dah makan pancake, kami cuba udang celup tepung pula, gerai nya sebelah je dengan gerai Yaminlah. Harga untuk 4 ekor udang TBH50/MYR5.



Ni Ayu duduk makan dekat gerai Yaminlah, gerai paling hujung tau. Sebelah tu jual udang celup tepung yang kami makan tu. Dan sebelah-sebelah tu lagi banyak sebenarnya gerai-gerai makan. Ada nasi goreng, ada air smoothies dan macam-macam lah. Macam pasar malam gitu. Buka dari pukul 10.00 pagi sampai la ke malam.

Tips : Husband Ayu beli 2x udang celup tepung di lain-lain gerai. Masa beli yang pertama kali iaitu di sebelah Yaminlah Pancake, udang dia lagi best dari beli yang kedua. Nanti korang beli yang sebelah Yaminlah jela tau hehe

Sebenarnya sambil makan-makan tu, Ayu dan husband tengah tunggu kawan. Kawan tu ajak kami pergi makan dan survey aktiviti untuk hari esok. Asalnya Ayu dan husband memang tak nak buat apa-apa esok, nak relax-relax je dekat situ. Tapi bila kawan ajak survey-survey dulu, kami ikutkan saja hehe :)

Tak fikir panjang, kami terus ke Baanlay Tour. Discuss punya discuss, kami berempat pun bersetuju pergi ke 4 tempat iaitu Elephant trekking, Emerald Pool, Hot Stream dan Night Market untuk keesokan hari nya. 

Kiranya kami ni macam sewa sebuah kereta untuk 1 hari dan pergi ke 4 tempat yang kami pilih tadi. Privacy pakej la kiranya. Kenapa kami buat macam tu? Sebabnya kami taknak terikat dengan masa. Kalau pergi ikut pakej dengan orang ramai, dia akan tetapkan masa untuk setiap tempat. Kalau korang pergi Emerald Pool contohnya, guider dah tetapkan masa 20 minit sahaja dekat situ, korang mesti tak puas kan?

Emm, nanti-nanti Ayu share setiap pakej aktiviti yang ada supaya korang lagi paham dan jelas okey? :) So aktiviti untuk hari esok, Sofeah, rakan kepada Lay aka pemandu kami untuk hari esok akan ambil kami di hotel pada jam 8.30am. 

Ehh, lupa nk bagi tahu, disebabkan kami ambil privacy pakej, harga sewa sebuah kereta adalah TBH5800/MYR580 TBH2900/MYR290, bahagi dua dengan kawan kami, so jumlah nya TBH2900/MYR290 TBH1450/MYR145. Agak mahal sebenarnya jika nak dibandingkan dengan harga bukan privacy pakej. Tapi disebabkan kami nak kan kepuasan, dah la bukan SELALU datang Krabi, so apa salahnya mahal sikit kan kan kan? hehehe Emm..Kami naik kereta Toyota Altis tauu hehehe. Alhamdulillah, settle satu urusan.


Tips : Kalau korang nak harga lagi murah, jangan ambil privacy pakej, tapi masa agak terhad la ye. Kalau sebaliknya, masa unlimited tau, lagi puas. so terpulang pada korang :)

Lepas tu kami minta Lay suggestkan kepada kami tempat makan yang murah dekat situ. Lay kata semua makan mahal dekat Aonang ni, yela tempat tumpuan pelancong kan. Tapi kemudian Lay cadangkan kami pergi satu tempat ni. 


Kedai makan ni bukan berada di tengah-tengah pekan Aonang tau, tapi di hujung-hujung pekan Aonang. Tersorok sikit la. Kalau Lay bagi direction left right, turn left turn right bagai, confirm sesat kami ni hahahaha. So malam tu, dengan bermurah hatinya, kami dipelawa ke kedai ni menaiki kereta Sopeah. Free of charge! hehehe dan yang best nya Lay makan semeja dengan kami. Sofeah tak, dia segan sikit. lagipun Sofeah tak pandai speaking English.

 Owner kedai, boleh cakap Melayu, dont worry hehehe

 Senarai harga makanan

Jon tengok memu yang kami order :)


Paprik Ayam

Tomyam memang tak boleh tinggal hehe

Cappuccino 

Teh Ais

Kedai ni macam warung-warung biasa yang kita selalu jumpa dekat sini. Kecil je kedai ni. Business family kot. Masakan dorang sedap tau. Banyak pula tu. Husband Ayu order untuk 2 orang makan tapi kami boleh makan untuk 4 orang. Silalah percaya hehe. Sambil makan kami borak-borak. Banyak benda yang kami dapat dan share. Lay ni sangat la peramah. Seronok borak dengan dia. Lay bagitau yang dia nak datang Malaysia, tapi taknak pergi Kuala Lumpur, dia nak pergi Penang. Ada juga Ayu tanya kenapa, dia cakap KL busy place. Haha betul la tu, nak holiday biarlah tempat yang tenang-tenang kan? tapi Penang sebenarnya boleh tahan busy kan? huhuhu Dia ni mesti ada agenda lain niiiii heee..

Kusyuk berborak. Macam-macam info dapat hehehe

Total makan kami malam tu TBH340/MYR34 sahaja. Murah kan? Bagus Lay ni, betul-betul bawa kami makan tempat murah hehehe. Siap makan tu kami minta Sofeah drop kami di kedai-kedai tepi jalan dekat Aonang. Ayu nak beli seluar untuk aktiviti esok. Yelah, aktiviti untuk esok tak masuk dalam plan asal. Dah tak ada seluar dah huhuhu.

Belek seluar yang berkenan

Banyak kedai area Aonang sebenarnya, tapi kedai ni yang menjadi pilihan. Dapat la seluar sehelai TBH150/MYR15. Selain seluar, banyak lagi pakaian lain yang dijual, souvenir pun ada. Lepas beli seluar, kami jalan-jalan kedai lain. Husband Ayu beli underwater cover untuk phone dia. Sepatutnya beli underwater cover tu semalam, boleh bawa pergi snorkeling yang pagi tadi, tapi masa tu tak terfikir langsung nak beli cover ni. Sayang betul. So berakhirlah aktiviti kami pada hari ni. Dah selesai tu kami balik ke hotel. Jalan kaki je hehe. Next entry Ayu share apa Ayu dan husband buat di hari ketiga. Gajah, kolam biru, pasar malammm hehehe nanti k. :) 

Till then, Ayu.














No comments:

Post a Comment