Monday 26 January 2015

Part 5 : Day 3 holiday to Krabi


Assalamualaikum :)



Oohoiiiiiiii oooiii..bercinta aku nak habiskan entry Krabi kauuuu hahaha. Bila lama ditinggalkan jadi macam ni lah. Penyakit M menyerang! Cerita Part 1 dan Part 2 di hari kedua percutian di Krabi adalah penutup cerita tahun lepasssss. Lepas tu takde dah sebab agak busy siapkan assignment last minute punya kerja, then nak final exam, tambah hari bermalas-malasan lagi. Ok hari hari meh sini ayu cerita aktiviti di hari ketiga.

Pagi-pagi pukul 7.00pagi kami keluar cari breakfast. Macam semalam, kami beli makanan di gerai yang sama. Total harga makanan TBH60/MYR6 sahaja. Pastu terus balik dan makan di hotel.


Pulut bersama ayam goreng dan nasi goreng. 
Nasi goreng dia sedap. Rasa macam nasi kerabu. Pastu ada 2 jenis kuih.

Pukul 8.30pagi kami dah tercegat depan receptionist tunggu Sofeah datang ambil. Tunggu punya tunggu Sofeah tak sampai-sampai. Kami decide jalan kaki ke Baanlay Tour. Tunggu Sofeah dekat situ. Alah, dekat je pun. Peluh tak sempat keluar. Dalam nak jalan kaki tu, Husband Ayu call kawan kami dan bagitau yang kami tunggu dekat Baanlay. Masa call tu, rupanya Sofeah baru lepas pick up kawan kami, dan Sofeah dah datang hotel nak ambil kami, cuma kami tak muncul-muncul. Hohohoho.. Selisih masa dalam 2-3 minit je niii hihihihi. Tak sempat nak jalan kaki keluaq peluh bagai, Sofeah pun sampai. 


Tips : Hari ini kami akan ke 4 lokasi berbeza. 
3 tempat main dengan air, 1 lagi tak. Makanya, kena lah bawa bawa spare untuk tukar-tukar lepas main air. 

First activity kami adalah ke Elephant Trekking. Untuk elephant trekking ni, untuk seorang bayarannya adalah TBH500/MYR50, so Ayu dengan husband Ayu total TBH1000/MYR100. Sampai sana, kami siap request nak naik gajah paling besarrr sekali hahaha. Tapi sayang, gajah paling besooo tengah makan, kalau tak mesti dapat kan.

Kami naik atas pondok kayu ni, buka kasut/selipar letak tepi then naik gajah dari atas pondok. Tinggi jugak nak melangkah naik ke atas gajah tu. 

 Kawan kami pergi dulu

Ok, ni gajah kami. Hemsem tak? Brader tu pun hensem jugak kekeekeke

Tips : Lepas selamat berlepas naik atas gajah, akan ada orang ambil gambar kita sekali-sekali dengan gajah dan brader tu. Haa masa tu, kau senyum and posing laaa cecantik, Nanti nak beli gambar tu takla nyesal tahap nak demam tengok gambar tak comel

Elephant trekking ini ambil masa dalam 1 jam. Gajah akan bawa masuk hutan, lalu dekat lumpur, then bawa ke sungai untuk main air. Main air yang paling excited nyeee! Tapi langit tak selalu cerahhh tauu. haha.


 Korang takde monopod pun jangan risau, brader tu volunteer ambilkan gambar hehehe

 Pondok tempat kami mula-mula naik gajah

 Nak main air dengan gajah :)

Nama gajah ni Topee. Gajah jantan! Gantengg gitu


Topee masa ni "baik" duduk diam nak bagi kami basah tau, Ayu pun waktu tu redho jela kalau basah pun. Excited pun ada. Tapi gajah yang kawan naik tu mode tak baik agaknya, lama brader tu pujuk gajah sekor lagi suruh mandikan kami, tapi tetap tak menjadi. Rugi gak kan tak dapat merasa moment tu. =_= Tapi, Topee bagus, basah kuyup dia mandi kan kawan kami hahahaha


Geli oiiii rasa sentuh belalai gajah, mengerutu! hahahahaa


Dekat situ kita boleh bagi gajah makan buah pisang, dengan syarat kena beli buah pisang satu bakul kecil TBH50/MYR5. Tapi kami tak beli pun. Bodek kakak dekat situ dapatlah sebiji buah pisang untuk bagi gajah makan. Okey what dari takde hehehe. Sebelum balik dorang akan served air mineral, percuma je dan jual gambar yang dorang ambil tadi. Harga TBH150/MYR15. Ayu bagitau husband takyah laa beli gambar tu, tapi dia nak jugak! Buat kenangan katanya. Dalam hati.. 


"Kalau gambar aku cun okey gak, ni gambar tak ready, 
watpe nak beli! bla bla bla... 

Macam tau-tau je ape aku ngomel dalam hati

"Oooo..mentang-mentang gambar die tak lawa, terus taknak beli, 
kalau gambar dia cun, laju suh beli "


Sebagai bekalan nak jalan jauh, sebelum bergerak kami sempat singgah beli air besar, Green Tea Ais dan Choc Ais. Berbaloi beli air ni sebab murah dan yang paling penting sedappppp. Lay yang suggestkan hehe. Harga green tea TBH30/MYR3 dan Choc TBH30/MYR3, total TBH60/MYR6. 

 Comel je kiosk jual air besar ni kan

Tips : kalau nk cari kiosk air ni, berada di hadapan hotel Haleeva, hotel berlogokan bunga berwarna oren. Hotel dia warna kuning-kuning oren gituuu

 Bagus betul Lay ni, siap tunjuk mana kedai air besar ni. 
Kalau cari sendiri mesti xjumpa ada kat mana.

So kami pun bertolak ke lokasi kedua iaitu ke Emerald Pool atau nama lain adalah Blue Pool. Nak ke sana tu jauh tau. Sofeah suggest pada kami, sebelum sampai sana, singgah makan lunch dulu sebab dekat sana susah dapat makanan halal. So kami semua setuju singgah makan kt satu tempat ni. Tu pun lepas separuh perjalanan.


 Tak ramai orang. Food Court ni halal ye. Jangan risau.


Nah tengok menu dan harga dia. Amacam, okey?




Menu makan tengah hari. Kami bungkus nasi goreng kekonon nak berkelah tepi kolam gituuu. So total makan tengahari TBH330/MYR33

Kami teruskan perjalanan ke kolam air biru tuu. Perjalanan ambil masa dalam 1jam 30 minit kalau tak silap. Bila dah sampai tu, Sofeah tolong belikan tiket masuk. Actually Sofeah nak tolong belikan tiket supaya dapat rate warganegara Thailand, murah la sikit kan, tapi tak berjaya sebab yang jaga kaunter duk tu tengok kami dengan penuh kesungguhan. Kejap kejap toleh kejap kejap toleh. Akhirnya dia buat kesimpulan kami ni takde gaya muka orang Thaiii pun! hahaha. Dapatlah rate normal iaitu rate pelancong yang berharga TBH400/MYR40 untuk 2 orang. Takpela kan. Untuk Sofeah, thanks banyak-banyak atas usaha anda.


Keadaan di pintu masuk. Nampak macam sampah-sampah tergantung tu? Tu sebenarnya makanan yang tak boleh dibawa masuk. Ulang. TAK BOLEH bawa masuk! Punah harapan bila air gelas besar yang kami beli tadi pun tak boleh bawa masuk! Nanti dahaga nak minum air apa? Jauh kau nak jalan ke dalam sanaaaaa tu. Sob Sob! 


Kaunter jualan tiket masuk.

Pintu masuk Emerald Pool. Dah sampai Emerald Pool baru boleh jumpa Blue Pool.


Nak ke Emerald Pool ambil masa 20 minit berjalan kaki. Kereta motor tak dibenarkan masuk. Berjalan kaki. Penat tau. Nasib kami pergi belenggang-lengang. Bayangkan yang datang bawak anak kecil, dengan beg baju bagai. Penat dah kendong. huhuuuuu. Yang aku dari tadi duk bebel-bebel


"kalau la air beli tadi boleh bawa masuk! Kalau tak sambil jalan tu boleh sambil minum air kan?"

So kami gigihkan diri berjalan kaki. Nak tengok kolam biru punya pasal. Masa ni Sofeah tunggu kami dekat luar. Dia tak join pun kami. Dia dah jemu kotttt. huhu Dia bagi masa 2 jam. Kalau pergi dengan group pakej, jalan kaki pergi balik 40 minit, 20 minit untuk mandi sahaja, tukar baju 10 minit, So dalam 1 jam 30 minit. Berbaloi tak? hahaha sila pikir baik-baik.


Tips : Nak selesa dan selamat, pergi sana pakai kasut sebab keadaan jalan yang sangat licin. Tapi kalau nak mudah, pakai selipar, senang nak buka selipar bila nak main air nak tukar baju.


 Silalah gembira bila anda sudah nampak signboard ini kerana ini menandakan anda sudah berjalan kaki hampir 20 minit. Maknanya dah nak sampai la tuuu hehehe




 Air yang sangat jernih. Tapi hati-hati, sangat licin

Haa..Ini lah dia Emerald Pool :)

"Eh, kecik je, ingatkan pool sebesar-besar alam!" 

Tapi kami tak berhenti di situ, kami jalan kaki lagi dalam 8-10 minit untuk sampai ke Blue Pool. Dekat Blue Pool tidak dibenarkan mandi sebab keadaan tanah yang jerlus. Bahaya oiii. Tapi ada gak yang degil cuba masuk dalam tuuu... Entah laki siapa laa ehhh *__*

 Laluan ke Blue Pool


Mula-mula ada la titian batu menuju ke Blue Pool, lepas tu akan jalan atas tanah yang agak lembik dan berlumpur. Tengok orang tu, langsung tak pakai selipar. Haaa, fikir baik-baik yang sebelum nak daki ke sana, lagi-lagi yang bawa anak kecil. Ayu cakap ni sebab adaaa yang bawa anak kecil ke Blue Pool, kesian tengok


Bertapa cantiknya ciptaan Yang Maha Esa kan? :)


Sunyi je dekat sini. Orang kata, eh bukan orang je yang kata, ada juga signboard dipacak disitu yang bagitau, hihihi yang kalau tepuk tangan dekat kolam ni, akan keluar bubbles. Setiap kali ada orang datang, mesti dorang akan tepuk-tepuk tangan. Tapi tak semua yang keluar buih-buih haha. Bergantung kepada tahap kesunyian suasana waktu tu dan juga kekuatan bunyi tepukan. Emmm...


 Haa, ni la orang yang degil nak masuk dalam air. Jangan tiru aksi ni tau, sumpah bahaya. Ayu tanya husband Ayu apa rasa bila dah masuk dalam air? Dia jawab rasa takut cemas wehhh! hahahaha

Eh Ehh, nak bercengkerama pulak

Dah puas dekat situ, kami patah balik menuju ke Emerald Pool. Kat situ ramai sangat orang. Nak gi celah sana ramai orang, gi celah sinun pun ramai orang. Sampai takde selera nak mandi. Rasa tak selesa kott. Tapi husband Ayu dan Eddy mandi la. Ayu dan Shasha tak mandi. Kami jaga kawasan je. Kalau ada yang lemas kami akan tiup visel pastu campak pelampung! kekekee.








Dah puas mandi, husband ayu and Eddy pergi tukar baju. Kalau tak tukar baju, nati basahlah kereta Altis Sofeah kannn. Kalau Sofeah kata takpe, takyah tukar baju, Ayu pun dan terjun dalam air tadi. Ni kes malas tukar baju la nii, bukan kes ramai orangg. huhu. Dah siap tu kami jalan kaki nak balik dah, nak ke tempat seterusnya. Blue Pool, Emerald Pool, korang memang best laa, satu pengalaman yang baru! semoga kita bertemu lagi nanti, tahun depan ke, tak pun hujung tahun ni ke hahahaa.

Lokasi ketiga adalah di Hot Stream. Perjalanan dalam 10 minit je tak silap dari Emerald Pool, kalau nak kereta la. Masa ni Sofeah tolong kami lagi. Baik nya Sofeah. Dia pesan, nanti dekat guard masa nak beli tiket masuk Hot Stream jangan cakap apa-apa, diam je, biar dia yang cakap dengan orang tu. Kami okey kan je. Masa ni Sofeah sungguh-sungguh tolong kami, dah lah dia kurang pandai cakap omputeh, cakap dengan kami macam cakap ayam dengan itik. Tapi dia usahakan juga supaya kami faham apa yang dia cuba sampaikan. 



 Kaunter beli tiket masuk ke Hot Stream. 
Masa ini Sofeah deal dengan orang ni dalam kereta je.

Seperti dirancang, dah sampai dekat guard, kami semua diam. Sofeah mulakan bicara. Owhhh! Rupa-rupanya Sofeah nak belikan tiket masuk Hot Stream dengan rate warga Thai ghupenyee. Tu pasal dia suruh kami diam. Kang terkeluar loghat keyel kang kantoi laaa haha. So dengan kesungguhan Sofeah dan kebijaksanaan kami mengunci mulut, kami dapatlah beli tiket masuk dengan harga TBH50/MYR5 untuk 2 orang. Kalau harga visitor mestila lagi tinggi sikit kan? Thanks Sofeah atas kesungguhan anda. Kami kami sayangggg Sofeah sangat-sangat tauuu. Banyak tolong kami. Lay pun samaaa. Huggg!






Air terjun versi panas. Best tauuuu hehehehe tapi actually tempat ni kecik je. Lagi kecik dari Emerald Pool.

 Kegembiraan jelas terpancar :) 
Cantik kan dalam air tu, batu berbentuk-bentuk

 Mula-mula tak nak mandi dia ni, selepas dipujuk rayu, cair gak hehe

 Ayu tak mandi lama, mengah rasa sebab air tu panas kan. So main-main jela dengan air 

Test guna hp dalam air, pakai cover yang beli malam tadi tu hehe

Dah siap mandi kami bersihkan diri. Dekat situ ada kemudahan bilik persalinan, besar jugak tempat dia. Tapi yang tak tahan dalam bilik persalinan pun air dia panas woiii hahahaha.. Tak tahan rasa, terasa penat, mengah dan cepat berpeluh. Fuhh! 

Lepas selesai semua, kami minta Sofeah bawa kami ke masjid/surau terdekat untuk solat Jamak Asar dan Zuhur. Sofeah cakap nak bawa kami ke surau yang dekat dengan rumahnya, pastu dia kata boleh singgah sekejap di rumah dia. Kami ikut kan saja mana yang mudah. Hehe. Lepas dah siap solat, Sofeah bawa kereta dalam 2-3 minit macam tu, kami pun sampai ke rumah Sofeah. Betul-betul dekat hehe.


 Tempat kami berhenti solat.

Betul-betul suasana kampung. Tenang dan begitu aman. 

Kami berhenti lama juga dekat rumah Sofeah. Nasi goreng yang kami bungkus tadi tak sempat makan pun dekat Emerald Pool ke Hot Stream ke, jadi kami makan dekat meja konkrit dekat rumah Sofeah tu. Ala-ala minum petang dengan nasi goreng hahahahaha. Dah sejuk pun nasi goreng tapi habis juga kami makan. Mana taknye, berendam dalam air lama-lama, cepat la lapar hehe. Masa makan tu ada lah Emak Sofeah jenguk-jenguk kami, baik orangnya, ramah sangat-sangat. Dia sembang itu sembang ini borak itu borak ini dengan kami. Yang best nya dia duk cakap Thailand dengan kami, dan kami angguk-anggukkan jela. Kekonon pahammm. Cakap ayam dengan itik hahaha.

 Pinjam skuter vespa Sofeah kejap, nak dating sambil pusing-pusing kampung hikkss!

Lepas tu kami kami gerak ke destinasi terakhir iaitu ke Krabi Night Market. Dalam perjalanan tu, Sofeah bawa kami ke tempat-tempat tarikan sekitar Pekan Krabi. Kami pun ambil la gambar buat kenangan.


 Macam dekat langkawi la pulak hehe

Dah puas tu kami terus ke Krabi Night Market. Dekat sini tarikan nya adalah lebih kepada jualan souvenir, barang-barang unik dan makanan. Masa mula-mula nak masuk ke Krabi night market tu, ada beberapa kanak-kanak buat persembahan tarian Thailand. Pandai dorang menari dengan lentok dan gerak tubuh yang lembut. 



Haa, ini lah masanya untuk beli buah tangan untuk sedara-mara dan kawan-kawan. Lay kata dekat ini lagi murah souvenir. Lebih dari tu, kami banyak beli makanan je. Kami beli takoyaki, apam balik, kebab ayam, popcorn ayam. Semua makanan. Semua sedap-sedap. Bunyi sama macam yang ada di Malaysia, tapi rasa tak sama, dan yang pastinya memang sedap. 


Tips : Korang jalan-jalan dulu, baru beli souvenir tau, 
kami aritu dah terbeli awal, rupanya kat dalam-dalam sana ada yang lagi murah
















Di Krabi night markat, kami belanja TBH500/MYR50 untuk souvenir dan TBH120/ MYR12 untuk makan. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat menyeronokkan :) Sofeah masa ni tinggalkan kami dekat sini, bila dah settle semua dia datang pick up kami bawa balik hotel. Mulanya Sofeah nak hantar kami sampai ke hotel, tapi kami minta Sofeah hantar dekat Baanlay Tour je, sebab kami nak sewa motor untuk hari esok. Banyak sebenarnya tempat yang sediakan perkhidmatan sewa motor, tapi kami tetap pergi dekat Lay, dah selesa dengan Lay :) 1st class tau dia layan kami. Tak percaya? Meh tengok sini, Lay sambut kepulangan kami dengan bagi urutan badan tauuu. Aktiviti yang memenatkan untuk 1 hari, balik-balik dapat urutan. Kau hade? hahaha

Lay urut Ayu jela, suami Ayu takpayah!

Okey, dah dapat skuter vespa untuk hari esok! hehe


Sewa vespa ni 1 hari TBH200/MYR20. Kami sewa tak sampai 1 hari pun sebab petang esok nak balik dah. Kami pilih vespa biru ni, dengan helmet pun biru. hihi. Entry esok nanti Ayu sambung cerita okey. Panjang berjela-jela dah Ayu cerita, ambil masa hampir 3 bulan nak siapkan, asyik masuk draft je hahaha. Lepas kami ambil motor, kami mandi swimming pool malam2. Ingat nak mandi lama, tapi tak larat hahaha. Okeylah, jumpa di entry seterusnya, A million thanks pada silent reader yang duk pm tanya pasal cerita Krabi Ayu. Sampai tak larat nak bagitahu satu-satu. Terima kasih kerana sudi baca. Tunggu entry seterusnya ok? Bye Assalamualaikum!

Till then, Ayu.













No comments:

Post a Comment