Friday 6 February 2015

Surprise Birthday Treat for Mr.F


Assalamualaikum :)


Tajuk je dah nampak propa berganda kuasa tiga. Oberr mak. Hahaha.  Bukan selalu Ayu buat birthday surprise bagai ni. Okey, memanglah celebrate brithday tu setahun sekali, cumanya nak buat sekali setahun tu pun payah. Iolls tak pandai nak buat surprise ni, tak kreatif pun. Cuma kali ini Ayu nak buat sesuatu yang nampak lain. Untuk sang suami tersayang. Tu je. 


Asalnya, tarikh 15 Jan tu Ayu dan Mr.F tak berjumpa pun. Ayu di KL dan Mr.F di Kemaman. Itu yang asal. Sebabnya Mr.F akan ke laut pada 16 Jan tu. Okey takpelah, wish jela nanti kan. Plus Ayu pulak 14 Jan tu last paper untuk final exam for this sem. Boleh study lebih sikit nanti. 

Drama bermula malam 13 Jan tu. Malam tu buka la buku baca sikit esok nak exam. Kebetulan malam tu pulak mode Ayu tak berapa nak okey, mudy ntah apesal ntah. Bila mode tak okey, Mr.F yang jauh di sana pun call tanya apa khabar sambil nyanyi lagu "aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar" okey ini tipu. hiiikkkkss!! Mr.F call tanya la apesal mudy. Tu jelah hahaha. Pastu di akhir conversation kami waktu tu boleh Mr.F bagitau 


"Abang balik KL esok tauuu, tak jadi naik laut, postpone hari lain" 

"Haahh?" 


Terkesima tenganga iolls nak suka ke gelak ke nak sambung mudy lagi ke kekeke. Lepas tu dalam kepala ni duk fikir lusa birthday Mr.F, apa nak buat eh? Nak cuti ke hari tu? Nak beli cake tak? Ke nak masak sedap-sedap? Kalau nak masak takut tak sempat sebab esok exam petang. Hmmmm..



Ayu terus wasap "Geng Pecah Speaker" minta idea dorang. Kredit to Z**** sorry tak boleh bagitau nama, bahayaaa kikiki bagi idea candle light dinner dekat Flofa Kafe, Ampang. Lepas tu laju-laju ayu google tempat tu. Tengok review orang yang pernah makan dekat situ. Semua bagi respon yang baik. Lepas tu Ayu pun terus risik-risik dengan owner Flora Kafe, En. Mel tentang harga, boleh wat surprise tak, boleh itu tak boleh ini tak. Alhamdulillah, semua ok, puas hati, Ayu pun buat reservation untuk malam 15 Jan tu. Bila dah bayar deposit baru di kira confirm tau.


Satu benda Ayu nak buat sangat masa tu, Ayu nak tempah cake. Special cake untuk Mr.F. Actually Flora Kafe ada sediakan cake, tapi sebab Ayu nak nampak lain sikit, Ayu tempah cake dekat Kak Ifa. Tak kenal pun Kak Ifa, Google je masa tu then tetiba kuar satu website ni Coklat Manis 2U. Ayu study sikit blog and instagram dia, tengok respon customers Kak Ifa, tengok cake yang pernah Kak Ifa buat, semua nampak menarik, cantik dan sedap. Tak fikir panjang, malam tu terus bayar deposit RM70. Ayu order Choc Cheeke Cake, harga dia RM90. Delivery cas dalam RM15. Masa tu buku entah ke mana, study ntah ke mana. Esok nak exam oiii wuwuwuwu. Ayu deal dengan Kak Ifa, Ayu minta Kak Ifa hantar cake ke Flora Cafe terus utk surprise kan Mr.F. Dia pun setuju.



15 Jan tu lepas Maghrib kami gerak ke Flora Cafe. Sampai sana kami dibawa ke meja kami. Cantik deco meja kami. Dengan lilin bunga bagai. Mula-mula dorang served air, lepas tu makanan then dessert. Meh sini ayu share detail pakej yang pihak Flora Cafe sediakan. Actually ada banyak pakej, yang ayu nak share ni utk pakej 2 ORANG sahaja ok. Lain-lain pakej untuk family dinner contohnya, sila tanya sendiri dengan Flora Cafe okey ahahaha




PAKEJ ROMANTIC CANDLE LIGHT DINNER 

Pilhan pertama adalah - set makanan barat


* Rojak buah (starter) sharing berdua.

* (maincourse) pilih salah satu diantara berikut : fish n chip / chicken chop / bolognese /carbonara / seafood aglio olio.

* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake turut juga disediakan.
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).

* Tambahan cas RM70 untuk hiasan belon helium.


Meja makan anda akan dihiasi dengan LILIN,GUBAHAN BUNGA & ALAS MEJA

(Standard set up table decoration)



Pilihan kedua adalah - set masakan kampung


* Nasi putih dihidang bersama lauk-pauk seperti Asam pedas ikan jenahak, Daging masak kicap, Ayam goreng berempah, Sambal udang dan Kailan ikan masin (kesemua hidangan lauk-pauk ini akan dihidang diatas meja anda serentak). 

* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)

* cake turut juga disediakan.
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).

* Tambahan cas RM70 untuk hiasan belon helium.


Meja makan anda akan dihiasi dengan LILIN,GUBAHAN BUNGA & ALAS MEJA

(Standard set up table decoration)






Masa ayu google pasal cafe ini, ramai yang suggest ambil pakej kedua iaitu masakan kampung. So Ayu pun pilih yang tu. Cuma Ayu tak ambil cake dia, sebab dah tempah cake dari Kak Ifa. Jumlah RM192.50 tolak cake harga untuk malam tu RM165 nett. Ternyata menu masakan kampung begitu memuaskan. Sedap secukup rasa. 5 jenis lauk utk kami berdua sebenarnya terlalu banyak. Tapi jangan risau, banyak mana pun tetap boleh habis! hahaha



Siap makan, dessert dihidangkan. Tapi tak lalu nak makan sebab terlalu kenyang. Bila dah kenyang tu, apa lagi, Mr.F ajaklah balik kan. Ayu ni kan nak buat surprise dekat dia, cake tak sampai lagi, mana boleh balik lagi! hahaha. Ayu lengah-lengahkan masa, sembang-sembang, sampailah lagu birthday di nyanyikan! Mr.F pandang ayu terkejut sangat-sangat sambil senyum malu-malu. Mesti dalam fikiran dia macam-macam ada kan? hehe Bila cake sampai depan meja kami, Ayu nampak muka Mr.F yang terperanjat and happy. Yess! surprise menjadi! Im happy woman hehehe


Bila tengok real cake yang Kak Ifa buat, Alhamdulillah sangat puas hati. Rasa sangat sedap! Cantik! Deco cake seperti yang diminta. Suami Ayu yang tadi terlalu kenyang pun boleh habis dua potong cake sebab sedap sangat! Terima kasih Kak Ifa, puas hati sangat. Dan yang paling penting, surprise yang tak seberapa ni menjadi dengan jaya. Mr.F memang betul-betul terkejut dan happy. Alhamdulillah.


Selamat hari lahir suamiku. Semoga hidupmu sentiasa diberkati, sentiasa diredhai, semoga dipanjangkan umur dan sentiasa di murahkan rezeki yang melimpah ruah. Surprise Ayu ni tak seberapa pun. Harap Abang suka and happy! 

Kalau tak happy, Ayu nak claim balik duit yang Ayu spent untuk candle light dinner ni. Hahaha!

Till then, Ayu.
Im happy woman!



Location : 

218, Jalan Ampang, 
Kampung Datuk Keramat, 
50450 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


8 comments:

  1. Wah sweetnya... Suka suka.. :)).. Salam singgah..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. aah cantik sgt sis..boleh terjah nanti hehe

      Delete
  3. so sweet..taon lepas sambut besday husband kat little white cafe bangi..tp xbley buat candle light dinner lg sebab Auni tak nak duduk diam.semua nk diusik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yeke..kat mane tempat tu? next time boleh la pegi sana pulak hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Dear..boleh call no tu utk reservation. :)

      Delete