Thursday 10 September 2015

Part 3 : Day 3 Holiday in Bali

Assalamualaikum :)


Aktiviti hari ketiga kami adalah ke kawasan selatan Bali. Antara tempat yang akan kami lawati adalah Pura Tirtha Empul, Pergunungan Kintamani, Kedai Pemprosesan Kopi, Ubud - Sawah padi bertingkat, Pura Luhur Uluwatu, dan Jimbaran Bay. Pada yang belum tahu, dekat Bali, kuil atau temple dipanggil Pura, tempat bagi yang beragama Hindu beribadat. So, antara tempat lawatan kami adalah ke kuil. Yaa, kuil. Huhu. Seperti yang dijanjikan, 9.30am kami gerak ke Anika Guest House untuk pulangkan motor, dan yang paling penting ambil passport! Pukul 10.00am kami sampai dan pak supir pun dan menunggu kami. Bagus dia, on time. Sebelum terlupa, masa nak pulangkan motor, kami isi minyak 10k rupiah, orang tu dah pesan bila nak pulangkan motor, pastikan minyak motor sama banyak masa ambil motor. Okey la boss.

Patung-patung je banyak sepanjang jalan. Memang berseni lah orang-orang Bali


Pak supir kami nama dia Ngurah Adi. Kami panggil dia Adi, ringkas dan senang ingat. Dalam perjalanan, Adi akan bawa kami singgah ke beberapa tempat, antaranya kedai batik dan kedai silver. Dekat kedai batik, daripada proses mula sampai akhir, dorang akan tunjuk cara dorang buat batik, dan ada juga untuk dijual. Tenunan songket pun ada demo dekat situ.

Ni floor atas, tak ramai orang, kat bawah memang ramai

Macam tu jugak dekat kedai silver, dorang tunjuk cara buat, bentuk dan ukir silver. Nak tempah ikut citarasa sendiri pun boleh. Dekat situ pun ada jual emas tau. Kami tak beli pun, cuci-cuci mata je hehe

Tiket masuk 2 orang 30k rupiah

1230pm kami sampai la ke Pura Tirtha Empul. Punya la jauh, sampai tertidur-tidur dalam kete. Okey, pura ni menjadi tarikan pelancong sebab adanya air suci yang keluar dari tanah selain ia merupakan tempat peninggalan kerajaan di Bali. Lain-lain info korang google sendiri la ye huhu. Adi turunkan kami di kaunter beli tiket masuk dan dia bagi masa 1jam dekat situ. Dia tunggu dekat luar je. Buat apa dia nak masuk kan, dah berpuluh-puluh kali kot dia ke sana huhu. Bila masuk ke kuil, honestly, bukan ada apa yang menarik sangat pun. Bukan kita boleh buat apa pun dekat kuil. Memang kuil dekat Malaysia pun ayu tak pernah masuk, dapat pulak masuk kuil dekat Bali, bonus la kan? tapi masuk kuil? hmm..sebenarnya tak ada rasa 'seronok' sangat pun. Seriously. Tapi dah sampai situ, snap jela gambar banyak-banyak kan.

 Dekat pintu masuk
Masuk dalam je akan jumpa kolam ni
 Nampak orang tu? Dia tengah sembahyang 

Kain kuning yang ayu ikat di pinggang tu WAJIB pakai. Tadi mula-mula masuk kami tak pakai pun sebabnya kami masuk pintu lain. Bila dah sampai dalam, ada la penjaga pura tu tegur dan minta kami pakai. Lepas tu pelancong wanita yang free hair bila nak masuk dalam pura kena ikat rambut, tak boleh dileraikan. Emm, adat budaya mereka kot.
  
Jernih bersih air dia 
  
 Ni la air suci yang keluar dari tanah tu. Siapa nak mandi dipersilakan mandi. Boleh hapuskan dosa kot. Pastu kulit semakin berseri-seri. Tak percaya, cuba lah sendiri hihi



Nampak lelaki berbaju biru tu? Dengan beg camera disandang dekat bahu? Diaorang sebenarnya jurugambar yang akan offer ambil gambar kita guna camera dia. Once, you dah setuju minta di ambil gambar, you kena beli la gambar tu huhu. Dorang dah siap-siap bawa printer untuk print. So kalau ada yang offer ambil gambar korang, elakkan ye. Kalau nak jugak, ikut korang la hehe



Laluan keluar dari pura mestilah melalui kedai-kedai souvenir. Berlingkar-lingkar laluan keluar, so maknanya kiri kana akan penuh dengan souvenir. Yang tak kuat iman, jalan laju-laju tau. Bila kena panggil dengan tukang jual tu, jangan berhenti singgah, confirm tak boleh lari dah kena paksa beli. Kami dah terkena. huhu. Dia siap tarik tangan masuk kedai dia. Tapi nasib ayu pandai tawar, kalau tak, memang menangis kena tipu. Kami kena 100k rupiah jugak lah untuk souvenir yang sebenarnya boleh dapat di tempat lain dengan harga lagi murah hahaha. 


1.30pm selepas selesai ambil gambar tengok kawasan bagai, kami ke tempat parking kereta di mana tempat Adi tunggu kami. Masa nak gerak dan lalu dekat park guard, Adi minta duit parking 5k rupiah. Owh, rupanya kami kena bayar sewa parking. Atau kami kena tipu? Ayu tak sure kalau supir lain dia buat benda sama atau tak. Emm Wallualam. 

Tiket masuk Kintamani, untuk 2 orang 40k rupiah

Kemudian kami gerak ke Kintamani. Nanti korang google ye ada apa dekat situ. Jauh jugak la nak ke tempat ni. Tempat ni nyaman sejuk je macam dekat cameron highland dulu-dulu. Kalau cameron highland sekarang dah tak sejuk dah kan? Dekat sini korang akan nampak gunung berapi yang masih aktif, dengan pemandangan yang indah dan mempesonakan. Masa kami sampai, kabus agak tebal, jadi nampak gunung pun kabur je. Sobs. Bila korang dah sampai, supir akan turunkan korang dekat satu restoran yang menghadap gunung. Fuh! layan view dengan cuaca sejuk sambil minum kopi memang terbaik. 
Dekat restoran ni macam-macam makanan ada. Adi kata restoran ni halal. Kami pun confident lah nak makan. Masuk-masuk kami terus bayar 330k rupiah untuk makan 2 orang. Fix price sebab makanan buffet. Bila dah makan, kami ternampak satu menu yang agak mencurigakan. Allah. Mengucap panjang. Nasib baik masa ambil makanan tu, kami just ambil sayuran dan buahan je. Emm. Tak tahu dah nak cakap apa. Kami keluar terus dari restoran dan ambil gambar permandangan luar.


Selesai di situ, dalam pukul 3.15pm kami gerak ke satu tempat penghasilan kopi, terletak di tepi jalan je pun. Adi park kereta di kawasan parking then kami berjalan masuk, Tapi nak masuk ke kedai kopi ni akan melalui kawasan berhutan sikit. Tapi bukan hutan tebal pun, just ada pokok-pokok kopi dan koko di sepanjang laluan. Sambil tu, ada la pekerja situ terangkan pasal pokok-pokok yang ada dekat situ.



Boleh teka tak apa yang ayu pegang tu? huhuhu

Melihat dengan penuh perasaan!  


 Kengkonon je iolls tu hehehe. Yang gambar kanan tu adalah biji kopi yang belum diproses. Lain jenis kopi lain saiz dan bentuk dia


Bila datang sini, mereka akan hidangkan tetamu dengan pelbagai jenis kopi yang mereka hasilkan sendiri. Macam-macam ada. Minum pulak sambil layan view, memang habis licin kami bedal huhu



Dah rasa mana kopi yang sedap, apa lagi beli la kan. Kami beli 4 jenis dari yang kami rasa tadi. Total 390k rupiah. Haha gila kejap rasa.

350pm kami gerak ke tempat seterusnya iaitu ke Ubud. Ubud adalah kawasan perkampungan yang ada sawah padi bertingkat. Memang cantik view dia. Kami kat sini sekejap je, turun untuk ambil gambar dan terus gerak. Lagipun dekat situ macam tak ada kawasan parking, dan kereta banyak park tepi jalan. Agak sesak la dekat situ.

 Ni view dari atas. Nak turun sampai ke bawah tengok dari dekat pun boleh



Kemudian kami gerak ke Uluwatu. Kalau korang tengok map yang ayu letak dekat Day 2, Uluwatu terletak di selatan Bali dan menghadap seluas-luas Indian Ocean Sea. Kisah MH370 juga pernah dikaitkan berakhir di situ kan? Jadi memang ayu nak sangat ke sana, nak tengok laut, nak tengok pantai. Ayu kan pencinta laut hehe. Oh yaa, siapa yang nak tengok view sunset dekat situ, piihan korang memang tepat. Korang berada di tempat tinggi dan akan tengok view sunset yang hilang sikit demi sedikit bagai tenggelam di dalam laut. Memang cantiklah! Dan sambil-sambil tu korang boleh tengok persembahan Kecak Dance, iaitu tarian yang ditarikan semasa terbenamnya matahari. 
Image google : Nampak tak hujung tu ada pura? btw cantik betul view dia kan

Wah, cerita bukan main panjang, tapi kami tak sempat ke sana pun. kikikiki. Yelah, sebaik-sebaik kita merancang, kalau bukan rezeki, bukan lah kan. Dalam pukul 5pm macam tu, kami masih lagi dalam perjalanan ke Uluwatu dan nak ke sana ambil masa lebih kurang 1 jam lagi. Kalau ikutkan memang boleh je nak ke Uluwatu, tapi disebabkan kami nak ke Jimbaran Bay tengok sunset dekat situ, sambil candle light dinner, tapi sebab tak cukup masa, tak jadi lah ke sana. 

So kami teruskan perjalanan ke Jimbaran Bay. Sebab nak cepat, kami guna laluan toll dan kami kena bayar 10k rupiah. Dalam 6.15pm kami sampai di sana. Ngam-ngam masa tu pun dah nak sunset dah. Alhamdulillah, sempat tengok sunset view hehe
 Pantai Jimbaran, Bali

Kami tak makan pun, minum je, hee. Tapi banyak gila restoran dekat situ. Bila ditanya halal atau tidak, dorang akan cakap halal. tapi kami agak fobia kes tengahari tadi. 

 Sepanjang-panjang pantai ada restoran dan meja makan menghadap pantai. Orang pun boleh tahan ramai


 Air kelapa dan fresh oren 62k rupiah. boleh tahan mahal huhu

Maka, berakhir lah aktiviti kami pada hari ketiga. 8.00pm kami gerak balik ke hotel. Masa nak keluar dari kawasan parking kereta, supir minta 5k rupiah untuk bayar parking. Emm, next time korang nak cari supir pastikan bayaran parking dah termasuk dalam upah dia tau. Sampai hotel kami, kami makan di satu restoran ni, namanya Solaria. Restoran ni dijamin halal. Pekerja dia pakai tudung, dekat pintu ada logo halal, pelanggan dia memang ramai orang Islam. Dan ayu siap tanya pekerja situ, ye memang halal, jangan risau jangan fobia hehe. 




Restoran ni bersebelahan je dengan hotel kami, macam mana sebelum ni tak perasan. Bila dah tahu ada restoran halal yang dekat, kami makan situ jela sepanjang masa hehe. Memang puas hati makan dekat Solaria ni, masakan sedap dan enak. Korang kena cuba tau. Harga pun sangat reasonable, tapi ayu tak ingat pulak. Maafkan beta. Selesai aktiviti untuk satu hari ini. Masa unutk balik bilik rest sepuas-puasnya. hehe. Next time ayu sambung hari seterusnya ok. Thanks for reading. Love you.

Till then, Ayu :) 














2 comments: